THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 31, 2009

Sesuatu yang Saya Minat : Muzik

Ada banyak yang saya minati, tetapi jika saya perlu memilih satu minat, saya akan memilih muzik. Saya mula belajar muzik sejak kecil lagi. Pada mula-mulanya, ibu ayah memaksa saya belajar muzik, lama-lama kemudian, saya mula menyukai muzik dan mula menghargai muzik.
Saya pernah mendengar pelbagai jenis muzik. Muzik yang menyedihkan, muzik yang memberi inspirasi, muzik yang dicipta untuk kegembiraan dan kemenangan.
Muzik adalah suatu perasaan, suatu hadiah yang patut dihargai sepanjang hayat, suatu yang indah.
Saya minat akan muzik kerana muzik membuat saya senyum dan gembira. Saya dapati bahawa sejak kecil lagi, jiwa saya telah diserap oleh muzik, saya tidak boleh hidup tanpa muzik. Muzik merupakan kehidupan saya, minat saya, dan kesayangan saya. Jika pada suatu hari muzik dimusnahkan, saya tidak akan mempunyai sebab untuk hidup. Muzik memang adalah sesuatu yang sangat penting bagi kehidupan saya. Oleh itu, saya sangat meminati muzik.
Muzik adalah suatu yang saya minat dan akan meghargai sepanjang hayat saya.