THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 18, 2009

Kehidupan dan Kematian

Kematian...
Kehidupan...
Apakah bezanya?
Adakah kita hidup semasa mati, dan mati semasa hidup??


Pelbagai fikiran-fikiran tentang topik "Kehidupan dan Kematian" berapung-apungan dalam kotak fikiranku...
Apakah kehidupan? Apakah kematian? Adakah kita sekarang hidup, atau mati? Bagaimanakah kita boleh bezakan?

Topikku ini akan mengisahkan beberapa cerita-cerita kecil tentang fikiranku tentang kehidupan dan kematian. Sila nikmatinya.


Cerita Pertama:-

Mereka kata awak seorang memegang takdir awak sendiri...
"They say your destiny is in your own hands"

Pada suatu malam, semasa Encik Jenoz tengah tidur nyenyak, suatu bayangan hitam merasuki mindanya.
"Masamu dah akhir, kau akan ikutku."
"Ya, ke mana, bolehkah terangkan?"
"Pergi jumpa Pengadilmu."
"Pengadil... Awak... Kematian?"
"Ya, aku Kematian, aku di sini untuk mengiringmu ke Pengadilmu."
"Saya... mati hari ini..."
"Encik Jenoz, sila pegang pada tanganku."
Bayangan yang menganggap diri bagai "Kematian" menghulurkan tangannya yang tiada daging. Seluruh badannya tulang, tiada sedikit daging yang menutupinya, hanya sehelai kain yang lagi hitam daripada malam yang tiada sebarang cahaya meliputi badannya yang tiada daging itu.
Encik Jenoz melihat tangan "Kematian", saat ke saat dia berasa lagi takut dari dulu. Dia akan mati hari ini. Anaknya, isterinya, terbayang di depan matanya. Baru-baru sahaja anaknya kahwin, isterinya gembira seperti hari yang mereka kahwin itu. Gembiranya hari-hari yang lalu ini, saya akan sentiasa ingatkan.
"Encik Jenoz?"
"Maafkan saya, boleh saya... ucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya dulu?"
"Ya, pegang tanganku dan kau akan dapat mengucapkan selamt tinggal kepada semua orang."
Dengan itu, Encik Jenoz hanya menyentuh tangan "Kematian" dan sekelilingnya bertukar sehingga berada di tepi isterinya. Encik Jenoz terketawa, saya tidur di sebelah isteri saya, kenapa susah sangat pergi sentuh Kematian? Kan dia berada di tepi saya segala masa ini? Apabila Encik Jenoz menghulurkan tangannya untuk menyentuh isterinya, dia mendapati bahawa dia tidak dapat sentuh isterinya, dia sebuah bayangan, rohnya telah meninggal badannya... Kegelisahan mengisi fikirannya, dia telah mati, hanya, belum berjumpa dengan Pengadil sahaja. Dia melihat isterinya, air matanya megalir tak henti-henti, katanya, "Sayang, saya sentiasa cintakan kamu, saya akan sentiasa rindukanmu, saya akan menunggu kamu datang nanti, tapi sekarang... Susahlah nak katakan sayang... Sayang, bang akan sentiasa berada di hatimu, se...se...sela..mat... tinggal..." Dengan ucapan selamat tinggal itu, "Kematian" mengambil tangannya dan sekelilingnya bertukar lagi. Sekarang, Encik Jenoz berada di sisi anaknya, isteri anaknya berada di tepi. "Oh, anak saya yang kesayangan papa... Papa tak sangguplah pergi... Papa pernah marah, pukul kamu, maafkan papa, nak. Papa ingat, apabila awak masuk kolej, hati papa takut, takut awak kan lupakan papa, tapi, awak ini anak baik, selalu lawat papa semasa cuti. Awak dah besar, dah kahwin pun, tahu tak papa gembira? Tapi papa juga takut, mama juga takut, takut awak akan pergi jauh dan tinggalkan kita, tapi awak memang baik, masa papa dah suntuk, nak ucap selamat tinggal, papa sayangkanmu, jangan lupa, papa sentiasa sayangkanmu, jaga mama untuk papa ya, jaga mama, selamat... tinggal, nak..." Sekarang, sekelilingnya bertukar dengan cepat dan kompleks, Encik Jonez berasa pening dan keliru. Mana... Pergi mana sekarang... Lepas itu, dia pengsan. (Roh pun boleh pengsan, peliknya dunia roh ni!)
Apabila Encik Jenoz membuka matanya, sekelilingnya putih, dia terlihat "Kematian". Peliknya, kenapa dia itu hitam sangat dan berada di sini? Sini terang dan putih, langsung tidak 'match' dengan sekeliling...
"Janganlah cakap macam itu, dia Pengiring awak, dia mesti ambil awak jumpa Pengadil sebelum boleh tinggalkan awak" Siapa itu?
"Hahaha, seronoknya bermain dengan minda orang-orang ini, hahaha." Pada masa itu, suara "Kematian" berkata, "Tuhan Cuaca, jangan asyik bermain dengan minda orang yang hendak berjumpa dengan Pengadil."
Lepas itu, bayangan hitam "Kematian" hilang. Encik Jonez bersendirian. Tiba-tiba sebuah suara yang besar merasuki mindanya : Felianco Jonez, selamat datang ke Dimensi. Jika awak tidak tahu, Dimensi adalah tempat di mana awak akan diadil, dan ditempatkan di tengah-tengah Syurga dan Neraka. Rekod awak berada di tangan saya, tetapi ke Syurga atau Neraka atau malang lagi, Imensi, iaitu alam kehidupan, tapi di sana awak hanya hantu, dan awak tidak akan ada sebarang memori. Masuk ke Syurga, Neraka atau Imensi berada di tangan awak sendiri, awak mesti menjawab tiga soalan dengan ikhlas. Itu akan menjadi Pengadil awak. Soalan pertama, adakah awak mandi sebelum tidur malam ini? Soalan kedua, apakah awak fikir tentang bilik ini? Soalan terakhir, manakah awak hendak berada sekarang? Ketiga-tiga ini soalan yang senang, tapi, jika dijawab tidak mengikut hati awak... Saya tidak boleh jamin ke mana awak pergi.

Ke mana saya pergi?



 *`*`*`*`*`*`*`*`*

Cerita Kedua:-

Ada yang kata Kematian dan Kehidupan adalah kekasih
"Some say Life and Death are lovers"

Kehidupan dan Kematian mesti sentiasa beroperasi supaya keseimbangan alam tidak diganggu. Apabila sebuah bayi dilahirkan, satu orang akan mati.
"Life and Death always co-operate so the balance of the world is not disturbed. When a baby is born, someone will die."

Kisah "Romeo dan Juliet" diketahui seluruh dunia. Mereka adalah sebuah pasangan yang tidak boleh bersama kerana keluarga mereka adalah musuh. Juliet menipu kematiannya supaya dapat bersama dengan Romeo, tapi Romeo tidak diberitahu pelan Juliet lalu membunuh diri dengan meminum racun. Apabila Juliet menjumpa Romeo telah mati di sisinya, dia membunuh diri dengan menikam diri menggunakan keris Romeo. Tragik, kan? Cerita ini hampir sama. Mungkin pada kebanyakan awak, kedua-dua cerita ini memang sama.

Dalam dimensi di luar alam ini, adalah dimensi Tuhan. Apabila adanya Tuhan, adanya Syaitan. Cerita ini mengisahkan tentang perjalinan sebuah cinta yang kuat antara Ibu Kehidupan dan Bapa Kematian. (Saya akan gunakan "short-form" IK untuk Ibu Kehidupan, BK untuk Bapa Kematian)

Tuhan mengadakan sebuah perjumpaan dan memanggil segala Tuhan-Tuhan serta Syaitan-Syaitan (IK merupakan seseuatu Tuhan, BK merupakan sesuatu Syaitan) Dalam perjumpaan ini, IK dan BK berjumpa. Pada mula-mulanya, mereka sering bergaduh dan bertengkar. Lama kemudian, pergaduhan dan pertengkaran mereka menjadi perbualan. Lama kemudian, hati mereka berubah dan saling bercinta. Apabila diketahui Tuhan dan Syaitan, mereka dua dipisahkan, IK berdukacita hendak berada dalam pegangan BK, tapi BK diambil oleh Syaitan sebelum dapat mengucapkan selamat tinggal pada kekasihnya. IK dan BK hanya boleh berjumpa apabila sesebuah roh tiada badan atau sesebuah badan tiada roh. Masa-masa lain mereka tidak boleh berjumpa. (Kisah yang paling bosan, kan?)

Bila akan kita berjumpa?


*`*`*`*`*`*`*`*`*



Dua buah cerita... letihnya... Ini semua FIKSYEN! Jangan bagi komen "tak mungkin macam itu". Cerita-cerita ini semua berasal daripada imaginasi saya. Jika ada persamaan dengan cerita-cerita lain, saya mendapat inspirasi dari cerita-cerita yang saya telah baca atau filem-filem.

Harap awak nikmatinya, terima kasih dan selamat malam, dan selamat HARI RAYA!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Kurungan

Kenapakah kau tinggalkanku? Kenapakah kau biarkanku bersendirian? Kenapa? Kenapa kau kejam sangat? Apakah telah aku lakukan? Aku tidak bersalah... Aku tidak bersalah... Seperti burung yang dikurung... Aku sedang tunggu... Tunggumu melepaskanku daripada kurungan kejam ini...




Dua tahun lalu, aku berada dalam kesedihan, tapi kamu memasuki duniaku, dengan sebuah senyuman yang bersinar seperti dua ratus matahari, duniaku yang sedih dan gelap itu menjadi terang dengan kehadiranmu...
Kamu telah ajarku untuk berdiri, berharap walaupun tiada harapan lagi, kamu merupakan matahariku, bulanku, cahayaku, kau adalah duniaku.
Aku tidak pernah katakan kepadamu berapa pentingnya kau dalam kehidupanku. Oleh itu, aku sesal. Maafkanku, janganlah pergi.
Setiap hari, aku nampakmu senyum dengan gadis-gadis lain, hatiku berpecah. Setiap saat, aku nampakmu, tapi kamu tak dapat nampakku.

Masa berjalan dengan lambat dan kejam, aku nampak kau telah berubah. Kamu tidak meriah seperti dulu, kamu senyum tapi sinaran tiada lagi, adakah kamu sedih?

Setiap kali selepas sekolah, kamu akan pergi ke suatu tempat untuk melawat seseorang. Setiap kali kamu membawa sejambak bunga melur. Bunga melur bunga kegemaranku. Benarkah kamu yang melawatku?

Ingatkah masa itu? Kita berada di Genting. Kamu kata kau takkan tinggalkanku. Pada masa itu, hatiku dipenuhi kegembiraan. Kemudian kau tinggalkanku untuk membeli sebuah barang kau katakan. Bukankah kau janji padaku kau takkan tinggalkanku? Pada saat itu, apabila kau tinggal, aku berjalan dan berjalan sehingga tersesat. Lepas itu, kegelapan, semua hilang.

Aku dalam hospital. Aku tidak boleh sentuh apa-apa pun. Aku nampak kamu menangis, sepasu bunga melur berada dalam tanganmu. Kau tinggalkanku untuk belikan sepasu bunga melur? Kenapa?
Seorang doktor. Dia bercakap dengan kamu. Kamu kelihatan sedih, kenapa? Kegelapan menenuhi mindaku...
Aku masih di hospital. Ibu bapaku. Mereka juga sedih, dan mereka memarahi kamu? Kenapa?

Barulah aku tahu, aku berada dalam koma. Setiap hari kamu akan melawatku dengan sejambak bunga melur dan sebuah puisi. Aku paling sukakan puisi ini:

Matahari selalu bersenyum dengan senyumanmu,
Hatiku sentiasa terang berada di sisimu;
Duniaku sering meriah dengan gelakkanmu,
Fikiranku hanya dipenuhi dengan memorimu.


Kejamnya Tuhan memisahkan kami
Aku sering hendak menanya kamu
Pada hari itu apa yang terjadi
Apabila ku nak jadikanmu ratuku


Setiap hari ku melawatmu

Tiada sebuah pemulihan dalam badanmu

Entah apa yang akan berlaku padamu

Tapi hatiku sentiasa berada di sisimu

Maafkanku, aku mungkin takkan pulih, hatiku juga tidak reda melepaskanmu, tapi kurungan ini telah meletihkanku. Suatu hari aku terpaksa pergi, aku mungkin tak sempat mengucapkan "Selamat tinggal".
Oleh itu aku berharap, kau dapat lepaskanku dari kurungan ini yang kejam sekali.