THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 28, 2010

blogg...

Saya hendak ketuk kepala ke dalam dinding .....>.<....

Thursday, May 6, 2010

Blog...

Lamakan saya pos barang di sini?
Yalah tu, saya bukannya selalu ada masa lapang..
Dah hampir dua bulan! Saya pun tak perasan!
Letihlah...
Makin hari makin letih, kerja rumah tidak gagal bertambah dan berrtambah.
Memanglah, tahun ni tahun apa? Tahun SPM bagi kami!
Haiz...
Dah lewat ni, saya perlu tidur..
Selamat malam!

Saturday, March 27, 2010

Hari Sukan

Hri ini merupakan Hari Sukan bagi sekolah kita. Pancaragam kita pun ada buat persembahan. Saya juga ahli pancaragam dan saya juga menyertai persembahan pancaragam kita. Kami ada membuat persembahan muzik dan kawad kaki. Sekarang, kaki saya sangat sakit... >

Monday, March 15, 2010

blog?

Dah lebih satu bulan saya pos blog di sini.
Tak apalah, bukan setiap orang dalam dunia ini baca, kan?
Saya ada satu cita-cita, selepas spm nanti, saya akan buat satu aktiviti "Daily Blogging" ataupun "Blog Daily".
Selepas SPM kan banyak masa? Saya tak nak bazirkan masa saya dengan menonton televisyen dan main online game... Oleh itu, sesiapa yang menduduki SPM tahun ini, saya ucapkan "Selamat Peperiksaan" dan selepas SPM, jomlah kita laksanakan aktiviti ini!
Pun belum SPM banyak sangat yang nak buat selepas tu... Tak adakah apa-apa yang awak ni patut buat? Tak payah bacakah? Tak payah ulangkajikah? Tambahan pula, awak masih nak ambil subjek yang sekolah kami ni tak ajar! Apalah! Mana awak nak pergi tuisyen ni? Belajar sendirikah? Macam mana awak nak belajar? Tak payah tahu teknik jawapkah? Saya rasa awak ni cari masalah aje... Awak ni mungkin seorang sahaja dalam daerah ini untuk mengambil subjek ini!
Yaya... Sayalah yang mengambil subjek ekstra itu... Tu subjek "Literature in English". Tiada cikgu yang ajar... Yaya... Kenapa nak ambil subjek ini? Tak ada apa-apa alasan yang saya boleh berikan, tapi, saya hanya nak dapat pengalaman sahaja. Oh, saya tiada short stories yang saya patut gunakan...
Kalau boleh, tolonglah saya carikan....
- The Landlady (Roald Dahl)
- Cinderella Girl (Vivien Alcock)
- Neighbours (Robert Raymer)
- Naukar (Anya Sitaram)
- Harrison Bergeron (Kurt Vonnegut Jr)
Terima kasih!!! Kalau jumpa, tolonglah emel saya @@  jiatheng_23@hotmail.com
Terima kasih banyakbanyak!!!!!

Saturday, February 13, 2010

Aku akan berjaya! (Syair)

Berkelip-kelip sahaja mata, masa lalu terlalu cepat
Tak sangka bertidur sekejap, mereka bermula lepak
Jika aku hendak terbang, aku perlu menari
Sekira aku jatuh, aku akan berdiri

Manakah kawanku? Kemana kau pergi?
Takutlah, aku sunyi di sini...
Kawanku, kawanku, tolonglah kembali
Kenangan baik aku rindui

Aku berjalan jarak-jarak tak henti
Aku melihat awan yang melihat bumi
Seorang wira yang datang kumimpi
Orang yang baik, orang kupercayai

Mungkinlah juga aku terlambat
Lambat tu bukanlah alasan
Aku masih berharap, masih berlari
Mungkin lewat aku tak peduli
Hatiku berdebar penuh cita
Bintang di langit menjadi saksi
Aku percaya!
Aku percaya!
Aku akan berjaya!