THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 1, 2009

Dimensi

Pada suatu hari yang mataharinya tidak begitu terang dan langitnya cerah dan tenang, saya dan rakan saya, John, berbaring di atas rumput-rampai yang warnanya hijau terang, yang jaringannya lembut dan kecil, menandakan rumput itu muda dan segar. Hari itu kita berbaring di atas rumput dan melihat ke dalam awan-awan yang memenuhi langit, membayangkan masa hadapan kita, membuat tekaan gadis comel yang mana sukakan kita, berbaring di atas rumput yang lembut dan menenangkan itu... Perlahannya, perlahannya, tertidur...



Sebuah suara yang begitu senyap dan dingin berbisik kepada saya:
"Bayangkan, sebuah dimensi di luar dimensi ini! Benda-benda hidup yang lain! Warna-warna yang tidak dapat kita namakan! Sebuah dunia yang tidak pernah kita sentuh, nampak, ataupun dengar! Sebuah dunia yang jauh daripada dimensi kita!"



Saya terbangun, dengan ilham yang baru, dengan sebuah ingatan yang tidak akan meninggalkan kotak fikiran saya...
Dalam kelas Matematik hari ini, kita pelajari Dimensi Pertama (1D), yang merupakan satu garisan; Dimensi Kedua (2D), yang merupakan sebuah permukaan yang rata, macam kartun; Dimensi Ketiga (3D), yang merupakan objek yang mempunyai ketinggian, kelebaran dan kepanjangan, juga diketahui sebagai objek kukuh (solid), macam dunia kita ini, semuanya objek yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi.



Saya juga ingat Encik Lee katakan bahawa sebuah organisma yang berada di dalam 1D hanya boleh bergerak dalam garisan itu sahaja, apa-apa yang berada di luar garisan itu, organisma itu tidak tahu. Jika organisma 1D tiba-tiba dipukul oleh sebuah organisma yang berada dalam 2D, organisma 1D itu akan keliru. Oleh kerana dia itu berada dalam 1D, dia hanya boleh bergerak dalam garisan SAHAJA. Jika disentuh oleh organisma-organisma yang berada di LUAR dimensinya, dia itu tidak akan faham kerana dia hanya tahu dimensi diri sahaja!! Apa-apa yang berlaku di luar, dia tidak akan tahu, lagipun faham. Sama juga dengan organisma 2D. Organisma 2D berada di permukaan yang rata. Jika permukaan rata itu sebuah bulatan, organisma 2D akan dapat bergerak dalam bulatan itu. Tetapi jika disentuh oleh sebuah organisma 3D, organisma 2D akan keliru! Dia akan bergerak dalam bulatan itu tetapi dia tidak akan tahu siapa atau APA yang kenanya! Dunia kita ini ialah 3D, jika pada suatu hari, kita dipukul atau disentuh oleh suatu organisma 4D, 5D, 6D, tak kira berapa ribu D yang ada di luar dunia kita ini, kita tidak akan tahu apa yang telah berlaku, lagipun faham! Kata Encik Lee bahawa ahli-ahli sains sedang mengeksperimen dimensi 4D, dan katanya bahawa 4D ini akan mengandungi masa! Apakah dunia 4D ini?? Mungkin sebuah dunia yang tak mungkin kita faham! Sebuah dunia di luar capaian kita!!



Saya membangunkan John dan berdiri dengan tangan saya dalam langit, menjerit ke dalam awan, "Bayangkanlah, sebuah dunia yang beza, sebuah dimensi yang berada di luar imaginasi kita!"

John terketawa, katanya, "Awak ini mesti dikena Encik Lee! Dimensi-dimensi!"

Dengan berketawa, saya katakan, "Ya, memang! Tapi, bukankah sebuah pengembaraan yang indah dan menarik jika kita dapat mencapai dimensi di luar dimensi kita ini?? Bayangkanlah, John! Sebuah pengembaraan yang tiada sesiapa yang pernah fikirkan! Kita akan jadi terkenal! Kita akan diketahui sebagai 'Pengembara Dimensi' ataupun 'Laki-laki Dimensi' mungkin juga 'Pahlawan Dimensi'!!!"

Dengan kelucuan John berkata, "Saya suka 'Pahlawan Dimensi', macam pahlawan yang terkenal dan best sekali! Tapi, Chris, awak berfikir terlalu banyaklah! Mana mungkin kita boleh 'mengembara' ke 'dimensi-dimensi' lain?"

Kata saya, "Bukanlah kita yang mengembara ke sana! Mana mungkin kita, organisma 3D berkembara ke alam 4D? Saya fikir, kita buatkan, sebuah objek. Sebuah objek 4D!! Lalu objek ITU akan berkembara ke alam 4D untuk kita! Kan Encik Lee kata, organisma di LUAR dimensinya tidak boleh keluar, tapi organisma yang berada di LUAR dimensi organisma itu dapat masuk?!!"

Dengan keliru, John menanyakan, "Apa? You lost me at "objek 4D" blah-blah-blah... Awak cakap macam orang gilalah!"

Dengan geramnya, saya katakan, "John, awak ini bodoh sangatlah! Tak pernahkah awak baca The Star?? Katanya seseorang genius mesti mempunyai secubit kegilaan?!"

Dengan satu "eye-roll", John berkata, "Chris, saya LANG-SUNG tidak faham APA-APA yang awak katakan! Bukankah saya selalu mendapat lukisan merah untuk Peperiksaan Matematik? Carilah seorang yang at least FAHAM apa yang awak nak katakan, because i will never understand..."

Dengan sebuah keluhan yang panjang, saya berkata, "John, rakan karib saya, John. You are my best friend! Oleh itu, saya mesti memberitahu awak idea saya DULU! Tak apa jika tak faham. Sometimes I don't even understand half the things I say... Awak sanggup dengar saya sudah sangat gembira."

~~~~~~~~~~~~~~

Bayangkan, sebuah dunia di luar dimensi kita. Sebuah dunia di luar capaian kita. Sebuah pengembaraan yang menarik dan mungkin bahaya! Mungkin hanya ada satu cara untuk mendapat tahu, iaitu kematian. Tetapi, kematian, bukankah itu sebuah pengembaraan yang lebih menarik?



The Northern Lights : A Beautiful Wonder




*Yang memberi idea:
Guru Matematik saya: Encik Lee Sai Mun
*foto-foto diambil dari Google dengan kata kunci "northern lights"
Ribuan terima kasih kepada Encik Lee Sai Mun untuk "menumbuk" idea-idea dimensi ke dalam otak saya. Jika tidak dikeluarkan, saya rasa saya akan fikir tentang "dimensi" sehingga sebuah level yang lagi luar biasa, dan tidak dapat tidur nanti (lol)

Monday, September 28, 2009

Kematian Saya

Bunuh... Bunuh... Bunuh...
Bunuh... Bunuh... Bunuh...

Sebuah 3.8mm pistol berada di dalam peganganku... Suara-suara menghantuiku... Memaksaku membunuh... Membunuh... Bunuh... Aku mulai takut... Suara-suara yang ngeri itu... Menghantuiku... Memaksaku... Jangan... Jangan... JANGAN!!!

Bang! Bang! Bang! Bunyi tembakan pistol mandendam ke dalam kepalaku. Takut, aku melihat sekelilingku... Tiada apa-apa yang ngeri... Aku mulai tenang... Aku belum lagi memasuk alam Pembunuh itu... Ketenangan menyenangkan hatiku.

"Selamat datang... Ke alam Pembunuh...." Sebuah suara yang ngeri dan dalam... Alam Pembunuh?? Tak mungkin!! Aku menuju pistolku ke arah suara yang membawa kesejukan. "Awak tak mungkin bunuhkan aku. Ini alam aku." Mana suara itu? Aku mulai gelisah. "Hahaha, takut! Pengecut seperti awak ini masuk ke alam aku, memang lucu." Butir-butir air mata mulai berformasi dan mengalir. Pengecut... Pengecut... Pengecut... Aku memang seorang pengecut... Apa pun takut...

Bang! Tembakan terakhir... Aku meninggalkan dunia ini, meninggalkan alam kejam ini dengan sedas tembakan ke dalam otakku... Badanku jatuh ke lantai, rohku pula diculik oleh Syaitan... Kejamnya...

Sunday, September 27, 2009

Karangan : Sokongan Keluarga

Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.

Banyak orang yang percaya sokongan keluarga penting bagi anak-anak. Jika anak tidak diberikan sokongan, susahlah hendak berjaya, tetapi apabila diberi sokongan, anak akan dimotivasikan untuk berjaya demi keluarganya.

Ada yang tidak percayakan behawa sokongan keluarga berkait dengan kejayaan anak-anak, tetapi kaitan kedua-dua ini memang kuat. Apabila seseorang disokong oleh keluarganya, dia itu akan berasa disayang oleh keluarganya dan berusaha berjaya demi keluarganya sebagai ucapan terima kasih kepada mereka. Walaupun seseorang itu tidak akan perasaan, sokongan yang diberi oleh keluarga merupakan sebuah motivasi bagi anak untuk berjaya lagi.

Terdapatnya pelbagai jenis sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga kepada anak. Contohnya, keluarga yang kaya boleh memberikan duit sebagai sokongan. Duit di sini merupakan sebuah sokongan kerana diberi kepada anak supaya dia boleh membuat persediaan ataupun menggunakan duit ini sebagai permulaan sebuah bisnes.

Banyak orang percaya sokongan seperti duit merupakan sokongan yang paling penting. Sokongan seperti duit yang banyak hanya boleh diberikan oleh keluarga yang kaya, keluarga yang miskin hanya boleh memberikan sokongan kasih sayang. Sebuah keluarga yang miskin hanya boleh berikan sokongan kasih sayang, tetapi apa yang tidak diketahui oleh banyak orang adalah sokongan jenis kasih sayang yang dalam merupakan sebuah sokongan yang mempunyai motivasi yang paling kuat. Apabila seseorang diberikan sokonagn jenis kasih sayang, mereka berasa lagi motivasi untuk berjaya supaya boleh membalas kasih sayang keluarga mereka.

Pada pendapat saya, jumlah sokongan yang diberi oleh keluarga juga merupakan sebuah faktor kejayaan anak. Jika anak diberi sokongan yang tidak mencukupi, mereka akan berasa tidak disayangi dan mula berfikir bahawa keluarganya tidak menyokongnya, lalu gagal sebelum mencuba. Apabila anak diberi sokongan yang banyak daripada keluarganya, dia akan berasa yakin, lalu sentiasa berusaha untuk berjaya. Walaupun gagal banyak kali, mereka masih akan berusaha untuk berjaya.

Kesimpulannya, sokongan keluarga memang sebuah faktor utama kejayaan seseorang anak yang berjaya. Oleh itu, saya berharap keluarga-keluarga akan memberi sokongan yang banyak kepada anak mereka supaya mereka akan berusaha dengan sepenuh hati untuk berjaya.