THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 9, 2009

Kegemaran Membunuh

Badanku bergoyang dengan kemabukan pembunuhan. Kata pembunuh-pembunuh professional,selepas pembunuhan yang pertama, awak takkan henti. Pembunuhan adalah seperti dadah, sebuah ketagihan, sebuah rasa kemahuan, keinginan. Kenapa? Sebab rasanya segar, perasaan membunuh itu... Seperti yang dikatakan dalam legenda-legenda, selepas pembunuhan pertama, seseorang akan bergoyang seperti seorang yang mabuk. Mungkin lagenda itu benar, kerana badanku asyik bergoyang, bergoyang... Membunuh akan membuatkan seseorang khayal, rasanya sedap dan menyegarkan. Seperti melepaskan semua kemarahan, kegeraman, kesedihan ke dalam suatu tubuh yang berhidup sehingga tubuh itu tidak akan bergerak serta tidak bernafas, sehingga semua perasaan negatif itu dilepaskan dan melegakan hati. Hatiku penuh dengan perasaan-perasaan negatif. Oleh itu, pastilah aku terus membunuh. Membunuh orang yang membangkitkan kemarahan aku. Aku akan... Terus... Membunuh... Kerana aku gemar membunuh, aku sangat gemar....


Thursday, October 8, 2009

Jalan Pembunuh

Angin yang sejuk bertiup ke arahku. Dinginnya... Adakah ini jalan pembunuh-pembunuh? Arah yang aku langkah, nampaknya sunyi dan gelap... Entah apa yang aku terjadi di hujung jalan ini... Entah apa yang aku akan jumpa...

Pembunuh! Awak seorang pembunuh! Pembunuh! Pembunuh! Awak bunuh seluruh keluarga awak! Pembunuh! Pembunuh!
"Bukan!!! Aku bukan pembunuh!!! Aku bukan pembunuh!!!" Aku berjerit-jerit sehingga paru-paruku susah nak bernafas. Setiap hari, setiap minit, setiap saat, sebuah suara yang kecil akan berbisik "pembunuh", takut dulu-dulunya aku. Awak takkan faham, perasaan yang dipanggil sebagai "pembunuh", perasaan yang dikelilingi kegelapan, perasaan kesunyian yang membebankan, awak tak mungkin faham. Perasaan ini, sebuah perasaan yang boleh menyebabkan seseorang membunuh dengan keras hati. Awak takkan faham, berapa takutnya aku... Darah tidak boleh dicuci dengan sabun... Darah akan sentiasa meninggalkan sebuah tanda, sebuah tanda yang berkata, "pembunuh"...

Letihnya jalan ini yang aku langkah... Jalan ini panjang dan kejam, gelap dan dingin, bahaya dan menakutkan... Siapakah yang aku akan berjumpa apabila sampai ke hujung jalan ini? Adakah aku akan hidup cukup panjang untuk mengetahui apa yang menunggaku di hujung jalan itu? Jalan yang disumpah dengan jampi-jampi pelik, jalan yang dikenali sebagai, "Jalan Pembunuh"




*Gambar-gambar diambil dari Google

Sunday, October 4, 2009

Selamat tinggal

Apa ini? Air mata? Mengalir tak henti-henti sebaik saja aku menutup mata. Apa perasaan ini? Hatiku serupa berpecah-belah tak henti-henti. Sakitnya... Kenapa ini? Adakah manusia rasa macam ini apabila hendak berpisah? Sebuah perkataan yang tak pernah ku ketahui, kesedihan, telah pun menelanku sebelum mengetahui maknanya... Rupa-rupanya, inilah rasa sedih... Kejamnya... Air mataku mengalir... Setiap air mata bersinar di bawah sinaran bulan purnama, serupa permata... Cantiknya bentuk air mata, tapi... Kenapa aku berasa sedih? Aku hanya datang ke alam manusia ini beberapa minggu sahaja, sekarang aku hendak pulang, kenapa pula aku rasa... Aku rasa... tidak sanggup... Kenapa? AHH!! Susahlah nak faham!!! Ayah, kenapa aku rasa sedih ini? Di syurga dengan adik-beradik, tak pernahku menangis seperti ini! Kenapa pula sekarang aku menangis? AYAH!! kenapa...

Beberapa minggu sebelum ini....
"Apa?!" Kemarahan yang menimblulkan sebuah guruh meliputi ayah. Aduh, kenapaku sering nak bangkitkan kemarahannya? Dia macam sangat marahlah... Matilah aku sekarang!! Siapa akan membantu aku ini??? Malangnya aku hari ini... "Awak ini tidak faham! Sebagai hukuman, awak akan dihantar ke alam manusia dan rasakan apa itu pedih!""Apa? Ayah, awak tak boleh..." Sebelum aku habiskan apa yang nak sampaikan, ayah telah pun membuangkan aku ke alam manusia dengan kilatnya. Aduh, sakitnya punggungku... Kilat bukan sejuklah!! Punggungku akan gunakan masa yang sangat lama untuk... Eh? Apa ini? Kenapa baju aku ini pelik sangat? Eh? Seluar? Kenapa aku pakai seluar? Apa ini? Apakah lapisan kain pelik ini yang aku ada pada badan aku? Mana gaun aku? Tiba-tiba, aku terkejut. Tak mungkin! Ayah tukarkan gaunku yang cantik itu dengan... Dengan... Lapisan-lapisan kain yang hodoh ini?! Kenapa?? Hanya aku yang bersalah! Gaun aku tidak bersalah!!
"Betul itu, gaun awak tak bersalah! Tapi dipakai oleh seorang yang bersalah seperti awak ini, gaun akan kotor!" Apa itu? Aku melihat sekelilingku. Tiada orang pun! Siapa yang bercakap itu? "Anak derhaka! Suara ayah awak sendiri pun tak cam?!" Eh? Ayah? "Papa, aku bersalah, aku sudah tahu apa rasanya pedih, tolonglah papa... Biarku pulang..."
"Anak derhaka! Awak akan berada di alam manusia ini sehingga awak ada sebuah sebab yang kukuh untuk terus tinggal di alam manusia ini!" Apa? Bukankah itu terlalu kejam?? Manalah akan aku ada sebab nak tinggal di dunia ini? Ayah... Awak kejamlah...
"..." Aku mengeluh. Peningnya... Rasanya aku hendak tinggal di sini buat selama-lamanya... Mana boleh aku hidup di sini? ~>.<~ Apa-apa tentang manusia aku pun tak tahu, aku akan mati di sini sebelum kembali ke syurga... ~>O<~

Dua hari berlalu... Aku berjalan tak henti-henti... Kaki aku pun telah penuh dengan luka... Sakitnya... Perut aku menderam hendak diberi makan... Aku laparlah!!! Ugh! Geramnya! Bencinya!! ... Letihlah... Letihlah... Letihlah... Letihlah...

Eh? Mana aku ini? Bantal? Lembutnya ^.^ Ahh... selesanya...
"Dah bangun?" Ayah? Itu awakkah?
"Halo?" Huh? Siapa bercakap ini? Suara yang baru, lembut dan... Mesra...
Tiba-tiba, aku rasakan sebuah tepukan di bahu kiriku. Aku lihat ke kiri. Sebuah muka baru... Cantiknya... Cerahnya... Mulutnya bergerak dengan sangat perlahan... Hatiku mula berlumba, apa ini? Tiba-tiba, "Halo? Bolehkah awak bercakap?" Oh! Barulah aku ingat! Aku terpengsan tadi! Eh? Bukankah aku pengsan di... Hmm... Di mana aku pengsan? Hmm.... "Eh! Adakah awak pekak juga?" Pekak? Aku? Hah! Telingaku serupa kelawar! "Mak! Gadis ini tak respon sayalah!" Mak? Aku bukan mak awak! Aku pun belum berkahwin! "Macam mana ni... Bukankah mak kata jangan bawa orang asing balik..." Eh? Siapa itu? Suaranya tua. "Maafkan saya mak, tapi, gadis ini terbaring di hutan, dia hanya pakai seluar dan bajunya nipis. Jika dibiarkan, beruang akan makannya. Kasihanlah gadis ini, macam beberapa hari sesat di hutan." BERUANG??? HUTAN??? Aku pengsan di HUTAN?? AYAH!!! AWAK TERLALU KEJAMLAH!! "Kesianlah gadis ini... Tengok sajalah dia, macam apa pun tak tahu..." Apa pun tak tahu? Eh! Aku tahu membuat hujan, awak taukah? Aku pun boleh buatkan tsunami! Nak tengok? Heh-heh, tsunami aku paling hebat ^.^ "Baiklah, sebaik saja dia sedar diri dan mula bercakap, kami mesti hantarnya pulang." Eh? Aku masih belum sedar diri? Itu akan jelaskan apa yang aku katakan tak didengar mereka.

Beberapa jam berlalu, malam tiba dan bulan purnama mengatasi dirinya ke dalam langit yang gelap. Eh? Laki tadi. Mana maknya? Hmm... Kenapa laki itu kelihatan sedih sangat apabila melihat bulan? Aku berdiri, berjalan ke arah laki itu, menepuk bahunya dan bersenyum. "Terima kasih untuk selamatkan aku. Bolehkah berikan arah ke syurga? Aku hendak balik." Laki itu terkejut apabila nampak aku. "Awak.... Bukankah awak tidur lena tadi? Adakah awak luka?" Hmm? Tak pernah aku cedera. "Eh? Ada luka di kepala awak ini. Awak terketuk pokokkah?" Luka di kepala? Aku menyentuhnya... "AAH! Sakit! Sakit! Sakit!" "Awak tak perlu jerit kuat sangat. Luka kecil saja. Saya pergi ambil ubat, awak tunggu di sini, faham?" Aduh, aku tak kisah apa dia cakap! Sakitnya! Tiba-tiba sepasang tangan berada di kepalaku, indahnya baunya... "Aduh!! Sakit!!!!!!" "Sakit untuk sekejap saja, lepas itu akan pulih."

Itu manusia pertama yang aku mengemuka. Namanya Kyle, dia berusia sembilan belas tahun. Aku baru berusia... Hmm... Bila aku dilahirkan? Biarlah, Kyle itu comel, aku suka. Mungkin ayah akan ambil aku pulang sekarang? "Anak bodoh! Awak sangka aku akan bawa awak pulang selepas awak suka pada satu objek?" =.=" Ayah tak mungkin bawa aku pulang... ~>o<~

Aku tinggal dengan Kyle dengan maknya. Pada mula-mula maknya macam risau, entah dia risau apa. Manusia terlalu suka risau.

Dah empat hari aku tinggal dengan Kyle dan maknya... Tambahkan dua hari di dalam hutan... Jumlahnya... Satu... Dua... Tiga... Aduh, peninglah kepala aku ini! "Kyle!" Kyle berlari ke arahku. Memang patuhlah Kyle ini. Boleh jadikannya binatang peliharaku ^.^ Mungkin hidup di sini tak kejam sangat. Asalkan ada Kyle, hidup aku senang! "Apa masalah? Ada ular?" "Bukanlah, empat tambah dua berapa?" "Awak tak tahu kira?" Aku menggeleng kepala. "Awak ini tiada harapanlah... Berapa umur awak?" "Tak ingatlah. Lama aku tak fikirkan." Sekarang Kyle menggeleng-geleng kepala. "Malam ini saya akan ajar awak Matematik. Saya akan lawat bilik awak, faham?" "Ya."

Malam itu dia ajarku Matematik, aku belajar berkira!! Gembiralah aku kerana tahu mengira sekarang! 1+1=2, 2+2=3, betulkan? Aku memang cerdik! ^.^

Masa berlalu dengan perlahan, aku mula tertarik kepada Kyle. Mungkin sekarang ayah akan bawa aku pulang? "Berani awak masih fikirkan ini!" =.=" Ayah tak mungkin ambil aku pulang... ~>.<~

Beberapa hari kemudian, hatiku mula pelik-pelik sikit. Apabila Kyle berada berhampiran aku, hatiku akan berlumba. Pernah satu kali sku memanjat pokok hendak menangkap monyet, tapi tiba-tiba aku jatuh. Nasib baik Kyle menjemputku sebelum aku jatuh ke lantai, tapi pada masa itu, mataku dan matanya berjumpa. Pada saat itu, segala-segala berhenti, aku hanya nampak Kyle. Muka kami sangat dekat, lepas itu, muka Kyle mula bergerak dekat... Dan dekat lagi... Tapi tiba-tiba dia melihat ke arah lain dan katakan, "Maafkan saya." Lepas itu dia kata, "Makan malam dah sedia, mari kita pergi." Aku mengikut Kyle balik ke rumah. Denyutan jantungku makin bertambah. Pipiku dicat merah dengan sebuah perasaan yang aku tidak faham. Sebuah perasaan yang baru bagi aku, mungkin Kyle dapat jelaskan? Malam itu aku melawat bilik Kyle. "Malam ini tiada kelas Matematik, saya dah letih, esok saya ajar awak." "Bukan itu, aku nak tanyakan satu." "Apa?" "Umm... Hatiku sentiasa berlumba apabila berhampiran awak, tadi awak selamatkan aku, hatiku berlumba tak henti-henti. Kenapa aku berasa macam itu?" Tiba-tiba Kyle memeluk aku. Dia kata, "Bagaimana... Bagaimana saya boleh sukakan awak... Nama awak saya pun tak tahu, namun... saya masih sukakan awak... Kenapa..." Badannya selesa... Perlahan-lahan aku tertidur di dalam pelukannya.

Beberapa hari berlalu selepas kejadian itu, aku dan Kyle mula berpegang tangan. Entah kenapa, tapi aku sangat gembira berada di sisinya. Mungkin perasaan ini adalah apa yang manusia sering katakan, cinta. Tiba-tiba, aku ingat, ayah katakan akan membawaku balik apabila aku ada sebuah sebab untuk tinggal di alam manusia ini. Rasa dukacita memenuhi hatiku, aku harus tinggalkan segalanya yang aku mula sukai.

Dua hari lepas itu, ayah berkata, "Sekarang awak faham apanya pedih, tiga hari nanti, di bawah bulan purnama, awak akan pulang. Syabas."

Aku berfikir siang dan malam... Bagaimanakah boleh aku beritahu Kyle? Kyle pasti sakit hati...

Dua jam lagi nanti bulan purnama, aku tak sanggup beritahu Kyle. Oleh itu, aku larikan diri dan tinggalkan sebuah nota katakan, "Aku terpaksa pulang ke tempat aku, jangan cuba cari aku, maafkanku Kyle, aku memang sukakan kamu, tak sanggup nak ucapkan ini... Selamat tinggal... -Liz, namaku Liz.

Lima minit lagi, dan aku akan hilang dari dunia ini... Sedihnya...



"Liz! Liz!!" Aku terdengar suara Kyle memanggilku, aku tersenyum, sebuah senyuman yang menunjukkan kesesalan dan kesedihan. "Kyle..." Aku lari ke arahnya dan peluknya dengan ketat. "Maafkanku Kyle..." Air mataku mengalir seperti sungai yang deras, hatiku berpecah ke berbilangan kepingan. Susahnya nak tinggalkannya. Bulan purnama... Dengan setiap butiran air mataku, badanku mula lenyap dengan perlahan-lahan sehingga meninggalkan sebuah bayangan... "Selamat tinggal Kyle... Buat selama-lamanya..." Butiran air mata terakhir terjatuh ke dalam mata Kyle yang penuh dengan air mata... "Selamat tinggal..."