THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 21, 2009

Padang Pasir

Cahaya bulan, sunyi dan terang pada waktu malam.
Sunyinya... Sejuknya...
Bunyi angin meniup, gelinya.
Jangan dekati aku!! Pergi!!
Roh-roh yang tidak aman.
Ini tempat kepunyaan aku!! Aku!! Pergi!!
Takut, roh-roh mengundur ke dalam kesunyian malam.

Roh-roh orang yang mati di sini, di padang pasir, tidak akan melangkah ke dimensi lain. Malangnya sesiapa yang melangkah ke padang pasir ini. Jika keyakinan dan keazaman hidup tidak kuat, roh-roh ini, mereka akan memakan jiwa orang itu, sedikit demi sedikit, sehingga jiwanya dah hilang, sehingga rohnya meninggalkan badan dan bercampur dengan roh-roh lain, mencari mangsa baru. (Semua memori berada dalam jiwa, jika jiwanya hilang, memori roh itu tidak akan dijumpai.) Mereka menerusi kegiatan mereka, mencari, membunuh mangsa mereka, menculik roh mereka.

Aku pernah dengar cerita-cerita padang pasir, gelisah apabila melangkah ke sini. Kenapa aku berada di sini? Misi. Aku ada sebuah misi. Membunuh Padra Koviskla. Maafkanku, aku, seorang pembunuh upah, Padra Koviskla adalah musuh organisasi serta seluruh dunia. Dia mencipta bom nuklear. Bom, kebencianku. Bom... 10 tahun dulu, aku baru lima tahun, keluargaku dibunuh. Sesuai dikata dibomkan. Sebuah bom dijumpai dalam kereta ibu bapaku. Kesedihan dan kemarahan mengisi hatiku, kebencian lalu perlahan-lahan merasuk ke dalam hatiku. Hanya berusia lima tahun, tetapi dipenuhi dengan emosi-emosi negatif, ha-ha. Organisasi mengambilku, mengajarku, cara menggunakan pistol, pedang, senjata-senjata pelbagai jenis. Hanya berusia lima tahun, aku belajar berlawan. Kejamnya... Mereka menghantarku ke pelbagai sekolah, sebagai pengintip. Pada masa itu, aku berasa gembira kerana seronoknya kerja-kerjaku. Pada masa itu... Hanya 13 tahun, mereka menghantarku misi-misi membunuh orang. Seperti anjing aku ikut setiap arahan mereka berikan. Tapi aku tidak boleh melawan mereka, mereka mengajarku, mendidikku, memberikanku sebuah tempat tinggal apabila aku tidak mempunyai apa-apa. Tak boleh, aku hanya boleh mengikut arahan mereka. Kesian, kan? Bukan. Kehidupan aku indah walaupun dipenuhi darah. Pernahkan awak melihat Rom? Paris? London? New York? Banyak tempat telah aku jejaki, banyak. Tapi padang pasir, ini boleh dikatakan kali pertama.

Sejuknya padang pasir pada waktu malam, eh? Sejuk sehingga hendak memutus asa. Tapi misiku, aku mesti habiskan. Ha-ha. Hanya dua jalan untuk membunuh Padra Koviskla, padang pasir, atau, laut. Kedua-dua sebagai pengembaraan yang menarik, bukan? Kesian hanya boleh pilihkan satu... Aku lebih sukakan panas daripada basah dan sejuk dikelilingi air. Tak sangka akan sejuk pada waktu malam... Geramnya... Cuaca sentiasa mencari pasal dengan aku...

Dua hari berlalu, aku telah membunuh Padra Koviskla dengan senyap. Aku harus pulang, lagi, aku mesti gunakan padang pasir. Geramnya, semuanya pasir dan roh di situ. Malangnya, malam hendak dengar bisikan roh-roh yang bodoh itu! Geramnya! Aku menghilangkan diri ke dalam padang pasir pada waktu malam. Lagi geram!! Roh-roh suka sangat menyalakan apiku yang tenang itu! Grr... Adakah cara membunuh apa yang tidak boleh dilihat atau disentuh? Dah sangka tiada. Berperang dengan hantu? Macam cakap karut!

Fikiranku menenangkan diri ketika melihat bulan. Letihnya... Dua hari untuk melalui sini, dua hari lagi untuk keluar... Aku melihat bulan dengan teliti. Sunyinya bulan...Cantiknya... Aku menunggu, entahlah aku menunggu apa. Tapi aku masih menunggu... Aku masih menunggu....




*Yang memberi inspirasi:
Buku: Terry Pratchet - Small Gods