THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, November 6, 2009

Perasaa Nak Mati

Apa ini? Hatiku berdebar-debar apabila ternampak mayat-mayat keluargaku berbaring di lantai. Perasaan takut mulai meliputku. Siapa... Siapa yang bunuh keluargaku... Siapa... Tiba-tiba, sebuah bunyi yang kuat datang dari dapur. Adakah pembunuh masih dalam rumah? Aku tidak berani melangkah ke dapur, malah, aku bersembunyi dalam bilik stor dan menunggu... Menunggu bantuan....

Peristiwa itu berlaku dua tahun lalu tetapi darah yang berlumpur masih tidak dapatku lupakan. Banyak darah yang ada pada lantai pada hari yang malang itu. Hari yang aku menjadi seorang anak yatim piatu. Walaupun pada masa itu aku berumur enam belas, tetapi masih diambil oleh rumah anak yatim. Segala masa yang aku berada dalam rumah anak yatim itu, aku tak pernah bercakap dengan sesiapapun. Aku diperiksa oleh doktor otak berulang-ulang kali. Katanya aku mengalami trauma kerana melihat mayat keluargaku yang terbaring di atas lantai.

Kadang-kala aku berharap yang mati terbaring di atas lantai adalah aku, bukan keluargaku. Aku bencikan diriku kerana tidak mampu menolong keluargaku, tidak mampu mati bersama-sama mereka. Pernah satu kali aku mengambil pisau dan hampir membunuh diri. Lepas itu, doktorku katakan aku mengalami kesedihan yang sangat membahayakan, katanya aku patut berketawa sikit tapi aku tak mampu ketawa, tak mampu bersenyum. Aku terlalu sedih. Aku mahu mati dan berada di sisi keluargaku. Akankah keluarga awak manjadi gembira sekiranya awak membunuh diri? Aku bertanya kepada diriku. Kenapa... Kenapa aku sering adakan pertengkaran dengan diri sendiri! Bencinya!

Letihnya aku sering cuba berhidup. Setiap hari kehidupanku menjadi makin gelap, makin sedih kerana dipenuhi dengan perasaan negatif. Aku sering berharap pada suatu hari aku akan dibunuh oleh pembunuh yang membunuh seluruh keluargaku. Kenapa... Kenapa dia biarkanku hidup? Pastilah dia tahu aku pulang pada masa itu. Pastilah dia tahu... Tetapi... Mengapakah aku tidak dibunuh? Mengapakah dia tidak membunuhkan aku? Mengapa?

Apakah perasaan mati? Itulah soalan yang aku sering menanyakan diriku. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita mati? Benarkah adanya syurga and neraka? Benarkah roh kita akan dihidupkan lagi? Aku sering memikirkan tentang kematian. Aku tidak peduli apa yang berlaku. Aku sering menunggu, menunggu malaikat kematian akan datang dan mengambil rohku.