THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 13, 2011

13 Januari 2011

Semalam ku pegi ziarah mama, dia tu asyik tido aje =( jerit panggil pun tak dengar =(

dia tu bukan dalam koma, hanya tidoooo aje >.<

semalam auntie uncle pun de datang pegi ziarah mama, mereka kata mama asyik tido aje jugak, mereka pun kata mama demam...

lepas tu papa balik, sembang dengan mereka

dah lewat, papa kata tak sempat nak jumpa mama... pegi hospital perlu gunakan sekurang-kurangnya stengah jam... papa pun harus jemput dik bongsu dari skola... oleh tu kami pegi hospital pada waktu malam, slepas papa habis keja...

sedihlah tengok mama dalam katil hospital dan tidak sedar-sedar tu...

papa pun kelihatan sedih, tapi dia tak nangis

kami pulang lewat semalam

hari ni ku pun ada jumpa dengan mama, hari ni nenek tiri pun ikut... aku tak sukalah nenek tiri tu... berlagak-lagak faham tapi tak faham pun!

esok sebenarnya ku nak pegi tengok mama, tapi nenek tiri nak pegi juga, ku dah tak nak ikut =(

pembantu rumah kata mama berdosa sama nenek tiri kerana mama benci samanya

dia tak faham jugak!

pembantu rumah sangat rindui mama, katanya, "Walaupun bising, ku sayang jugak dengan auntie"

yalah, tengok, mama, banyak orang sayangi mu, oleh tu cepatlah sembuh.... cepatlah balik rumah

Tuesday, January 11, 2011

11 Januari 2011

kan ku dah dapat lesen kereta? hari ni ku pegi ronda-ronda kat ipoh~ ku nak pigi kat jusca sana tapi ronda-ronda tiba di parkson pula >.<

ku ni hampir sesat jalan~ sebenarnya, ku memang sesat jalan lah!! ku hampir-hampir tak dapat balik ke rumah sendiri >.<

nasib baik pembantu rumah ikut bersama, kalau tidak, ku ni tak tau macam mana balik >.

aktiviti hari ni boring aje~ ku hantar and jemput dik bongsu ku yang COMEL skali ^^

lepas tu, tak da apa-apa yang boleh buat, so ku dapatkan kebenaran bapak untuk pegi ronda-ronda~~

dik yang ku benci tu ambik kawan-kawannya balik dari skola~ lepas tu, mereka pegi tuisyen bersama-sama, then barulah ku ni pegi ronda~ kerana  bapak kata nanti tu si bodoh (dik yang ku benci tu) tak kuncikan rumah =.=

ku dah planning nak ronda perlahan-lahan, tapi pembantu rumah tu nak tengok datuk nenek ku =.=

tu bukan nenek ku, dia tu nenek tiri... mak ku kata maknya dah meninggal dunia, oleh tu, abahnya kahwin semula dengan "wanita" tu

ku di rumah datuk ku memang tension lah, nenek tiri tu memang suka banyak cakap! kata apanya, kenapa tak pegi jumpa mak ku di hospital, sakit hati pun harus pegi jumpanya, apa-apa saja... dia tu ku memang BENCI!!!

atuk ku pula tulis puisi-puisi~ tengah tulis pula tu nenek tiri ku nak tengok TV =.= bising sangat! atuk ku panggil dia tu tulis untuknya kerana atukku, tangan kanannya tak dapat tulis, dia tu kena strok, seluruh badan kanannya tak dapat berfungsi... dia terpaksa guna tangan kiri untuk menulis puisi

nenek tiri ku tu memang bodoh... atukku bacakan perkataan, nenek tiri pun tak tau eja =.= memang bodoh... atuk pun kata dia bodoh, HAHA!!

nenek tiri tu memang tak suka guna otak! kerana dia tu marah atuk ku kata jangan buat puisi lagi, dah cukup, akan rosakkan otak.. APALAH!! mana ade orang yang tulis puisi ada otak rosak???  nenek tiri ku tu MALAS aje, dia tu tak mau tulis untuk atuk aku, memang malas!

singgah di situ dah satu jam, tu pembantu rumah baru sanggup jalan! katanya dia tunggu aku, tapi ku ni tengah tunggu dia!!!

kami mula ronda pukul 4.00pm lepas tu pulang ke rumah hapir 5.30pm

ketika sesat dulu, abah ku telepon pembantu rumah, tanya macam mana, pembantu rumah tu kata dah sesat, kata kat balai polis, abah ku pula datang nak jemput ku, tapi akhirnya ku pun jumpa jalan, ku panggil dia tu panggil abah ku tak payah datang jemput dah, tapi dia tu TAK TELEPON!!!!

abahku pun pegi ke balai polis tu tunggu aku, tapi aku dah on the way back!!! inilah kesan TIDAK DENGAR ARAHAN AKU!!!

and then balik dah, abah telepon pembantu rumah kata jam kat balai polis sana kerana hujan lebat... =.=

lepas tu, pembantu rumah kata nak jemput dik bongsu dari skola, so keluarlah, lepas tu abah telepon lagi kata   dia pegi jemput, lepas tu pembantu rumah nak beli makan untuk kita semua, kata nak pegi restauran kecik di pekan lama. baiklah, pegilah... asalkan dah keluar kan?

lepas tu, dia dah pun beli, kami pula baliik rumah, ketika pandu balik rumah, ku ni mesti jaga-jaga lah kerana terlanggar cermin kereta lain, sampai patah pula >.< ku ni pun tak sempat singgah katakan sorry >.< skrang ku katalah ok? sorry >.<

harap dia tu akan tulis nombor plat aku dan turunkan saman barulah aku rasa selesa >.< sorry lah, kereta tu, sorry lah tuan punya kereta... banyak-banyak sorry >.<

baiklah, tu aje

Monday, January 10, 2011

10 Januari 2011

maafkan ku, mak ku dihantar ke hospital pada hari sabtu... semalam ku pegi kunjung dia...

ku tak nak ceritalah kisah mak ku, sakit hati ni...

hari ni ku tolong bapak sambut dik bongsu dari skola lepas tu hantar dia ke tuisyen. lepas tu ku pun berjumpa dengan kawanku. kami berselera, bersembang. dah lama tak jumpa. lepas tu dia pun pulang ku pun pulang.

ku main lagu dalam komputer, lepas tu dik yang ku benci tu balik. ku memang benci padanya... bah kata "hate is sin" maksud benci adalah dosa. KU TAK PEDULI! tu adik yang ku AMAT BENCI AKU AKAN BENCI SELAMA-LAMANYA!!!

baiklah, dia pun balik dari skola. ku gembira kerana bapak tak panggil ku sambut dia orang tu dari skola.

bairlah dosa, aku BENCINYA

lepas tu, dia pun pegi manja-manja dengan pembantu rumah pula! tu pembantu rumah bukan laki, (tak nasib baik) kerana dia tu takkan mengandung! GERAM! BENCI!

lepastu pembantu rumah pun marah dia, ku HAPPY lah.

dia tu panggil dik pegi makan kerana belum makan lagi

dia tu...... SUKA SANGAT PERLAHAN-LAHAN!!!

kemudian, posman datang. dia ambik sebuah parcel untuk aku. at first, aku tak faham, lepas tu ku ingat, ku kan beli baju online? skrang lah dia baru sampai rumah aku ni!

fine lah, aku pun sign dan masuk ke dalam rumah.

ku pun tutup komputer, bosan, takda apa-apa yang boleh buat

lepas tu, ADIK YANG KU BENCI TU sedang "membaca" surat khabar... =.= ku memang benci nya...

dia ternampak tu the star education, tanya ku nak tak dengan nada yang aku SANGAT BENCI!

ku pula balas letak situ aje. dia tu macam orang cina kata "pa-pi" BABI! suka sangat letak hidungnya di sini situ!

finelah, ku BIARKAN!

ku baca tu keping surat khabar kejap then ku layari internet untuk dapat informasi lebih banyak tentang universiti-universiti....

PADA MASA ITULAH POSMAN DATANG

kisah tu ku dah cerita di atas, kan?

ku pun ambik baju dalam paket ke dalam rumah.

baju kan nak cuba?

ku pun buka paket dan cubalah.

ada 3 keping. ku ni order 4 tapi satu dah "out of stock" =.=

so takpalah, pemborong tu ada pulang wang.

yang benci tu adalah, apabila ku ni sedang MENCUBA baju baru ku yang ku dapat tadi, ADIK KU YANG KU BENCI SANGAT TU MENGGUNA KOMPUTER YANG KU GUNA TADI!!!!

dia tu asyik guna komputer riba ku setiap hari! skrang desk-top pun nak guna! AKU BENCI SAME DIA!!!

FINE! BIAR SAJA!

lepas tu bapak pulang dari kerja. bapak nak pegi tengok ibu di hospital. dia ada tanya aku jika nak pegi tak tapi ku kata terlalu menyakitkan hati,, ku tak nak pegi... dik ku MESTI ada kata dia tu nak pegi kerana bapak ku balik tanya dia tu nak pegi tak!

DIA TU BES SANGAT! HEBAT! katanya belum habis kerja rumah, tapi orangnya tengah main apatu? FACEBOOK!!!

ku balas kepada bapa, "dia pun bukan buat kerja rumah, dia tu asyik main komputer aje"

bapak pun geleng kepala, adik ku ni MEMANG BEGITU!!!

TAKPA! AKU AKAN SENANTIASA BENCIKAN ADIK ITU!!!! SENTIASA!!!!!