THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 15, 2009

Kurungan

Kenapakah kau tinggalkanku? Kenapakah kau biarkanku bersendirian? Kenapa? Kenapa kau kejam sangat? Apakah telah aku lakukan? Aku tidak bersalah... Aku tidak bersalah... Seperti burung yang dikurung... Aku sedang tunggu... Tunggumu melepaskanku daripada kurungan kejam ini...




Dua tahun lalu, aku berada dalam kesedihan, tapi kamu memasuki duniaku, dengan sebuah senyuman yang bersinar seperti dua ratus matahari, duniaku yang sedih dan gelap itu menjadi terang dengan kehadiranmu...
Kamu telah ajarku untuk berdiri, berharap walaupun tiada harapan lagi, kamu merupakan matahariku, bulanku, cahayaku, kau adalah duniaku.
Aku tidak pernah katakan kepadamu berapa pentingnya kau dalam kehidupanku. Oleh itu, aku sesal. Maafkanku, janganlah pergi.
Setiap hari, aku nampakmu senyum dengan gadis-gadis lain, hatiku berpecah. Setiap saat, aku nampakmu, tapi kamu tak dapat nampakku.

Masa berjalan dengan lambat dan kejam, aku nampak kau telah berubah. Kamu tidak meriah seperti dulu, kamu senyum tapi sinaran tiada lagi, adakah kamu sedih?

Setiap kali selepas sekolah, kamu akan pergi ke suatu tempat untuk melawat seseorang. Setiap kali kamu membawa sejambak bunga melur. Bunga melur bunga kegemaranku. Benarkah kamu yang melawatku?

Ingatkah masa itu? Kita berada di Genting. Kamu kata kau takkan tinggalkanku. Pada masa itu, hatiku dipenuhi kegembiraan. Kemudian kau tinggalkanku untuk membeli sebuah barang kau katakan. Bukankah kau janji padaku kau takkan tinggalkanku? Pada saat itu, apabila kau tinggal, aku berjalan dan berjalan sehingga tersesat. Lepas itu, kegelapan, semua hilang.

Aku dalam hospital. Aku tidak boleh sentuh apa-apa pun. Aku nampak kamu menangis, sepasu bunga melur berada dalam tanganmu. Kau tinggalkanku untuk belikan sepasu bunga melur? Kenapa?
Seorang doktor. Dia bercakap dengan kamu. Kamu kelihatan sedih, kenapa? Kegelapan menenuhi mindaku...
Aku masih di hospital. Ibu bapaku. Mereka juga sedih, dan mereka memarahi kamu? Kenapa?

Barulah aku tahu, aku berada dalam koma. Setiap hari kamu akan melawatku dengan sejambak bunga melur dan sebuah puisi. Aku paling sukakan puisi ini:

Matahari selalu bersenyum dengan senyumanmu,
Hatiku sentiasa terang berada di sisimu;
Duniaku sering meriah dengan gelakkanmu,
Fikiranku hanya dipenuhi dengan memorimu.


Kejamnya Tuhan memisahkan kami
Aku sering hendak menanya kamu
Pada hari itu apa yang terjadi
Apabila ku nak jadikanmu ratuku


Setiap hari ku melawatmu

Tiada sebuah pemulihan dalam badanmu

Entah apa yang akan berlaku padamu

Tapi hatiku sentiasa berada di sisimu

Maafkanku, aku mungkin takkan pulih, hatiku juga tidak reda melepaskanmu, tapi kurungan ini telah meletihkanku. Suatu hari aku terpaksa pergi, aku mungkin tak sempat mengucapkan "Selamat tinggal".
Oleh itu aku berharap, kau dapat lepaskanku dari kurungan ini yang kejam sekali.

4 comments:

  1. hello Jaclyn,
    walaupun penulisan ini merupakan penulisan kreatif tetapi masih perlu berhati-hati dengan aspek bahasa yang digunakan.
    contoh: sepasu bunga adalah lebih sesuai digantikan kepada sejambak bunga.
    bersenyum digantikan dengan senyum sahaja.
    Teruskan penulisan anda kerana merupakan latihan yang cukup baik dalam meningkatkan kemahiran menulis.

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu.

    Anonymus, what do you mean by "direct copy"?

    ReplyDelete