THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 7, 2009

How to be English

Sebenarnya, dah lama saya pos blog di sini, kan?
Sebaliknya, saya masih ada dua blog lagi dan sekarang saya tidak tahu nak tulis apa.
Saya bosanlah..
...
!
Awak tahukah laman web YouTube?
Tadi saya pergi ke sana dan menonton pelbagai video yang lucu!
Pergi ke YouTube dan taip "charlieissocoollike" (charlie is so cool like) tapi tiada "space"
Apabila jumpa dia tu, tekan mana-mana video yang anda nak tonton. Saya boleh guarantee kebanyakannya lucu dan bodh sekali. Awak akan ketawa terbahak-bahak. Jika tidak terbahak-bahak, kau at least akan tersenyum dan ketawa sikit.

Saya akan berikan satu link di bawah. Harap anda ada masa untuk tonton kelucuan budak England ini.

``*`*`**`*`*``
by charlieissocoollike

``*`*`**`*`*``

Pergilah tonton!!! Cepatcepatcepat!!!

4 comments:

  1. Hello Jacklyn, banyak yang anda boleh manfaatkan daripada penggunaan blog ini untuk pembelajaran. Sebenarnya, tujuan cikgu meminta anda semua menggunakan blog dalam penulisan karangan kerana membantu anda menulis dengan konsisten. Menurut Mark Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan, menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Anda boleh menggunakan blog sebagai your learning logs. Mendokumentasikan apa yang telah anda pelajari, jika anda dapat menyatakan apa yang telah anda pelajar semula dengan perkataan anda sendiri, anda akan belajar secara mendalam :deep learning not surface learning. Oleh itu, cadangan cikgu, tulis apa yang telah anda pelajari,berkongsi dengan rakan lain dengan kata-kata anda sendiri. Selamat mencuba, selamat bercuti

    ReplyDelete
  2. ya cikgu, dan terima kasih atas nasihat cikgu :D
    tapi cikgu, macam kuranglah pelajar yang masih minat tulis blog

    ReplyDelete
  3. Hello Jaclyn, memang tidak ramai yang minat menulis blog sebab mereka tidak nampak apa kebaikannya, ada yang ada masalah menaip, kebanyakan pelajar kalau menulis blog itu diberikan gred atau markah dalam peperiksaan pasti ramai yang akan menulisnya, tetapi jika hanya sekadar untuk berlatih menulis tanpa sebarang ganjaran, pasti ramai yang tidak mahu menulis. Cikgu cuma ingin perkenalkan cara atau kaedah pembelajaran yang dipraktikkan dalam dunia pendidikan kini, perlu perlu lebih aktif dan bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka sendiri. Mereka perlu konstruk ilmu pengetahuan dan belajar secara kendiri di samping tunjuk ajar guru, contohnya, pada masa cutilah, pelajar perlu belajar secara kendiri, banyak yang boleh dipelajari dalam internet, kita perlu bijak memilih dan menapis maklumat yang ada. Oleh sebab itu, cikgu telah menyediakan pelbagai pautan(links) ke laman-laman yang penuh berinformasi dan boleh membantu anda semua dalam pembelajaran bahasa Melayu. Terima kasih kerana masih aktif dalam penulisan Bahasa Melayu. Setakat ini, yang masih aktif ialah eternal, anak watan, dan kadang-kadang christina saja.

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu kerana banyak membantu kita dalam perjalanan blog ini :)

    ReplyDelete