THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, September 27, 2009

Karangan : Sokongan Keluarga

Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.

Banyak orang yang percaya sokongan keluarga penting bagi anak-anak. Jika anak tidak diberikan sokongan, susahlah hendak berjaya, tetapi apabila diberi sokongan, anak akan dimotivasikan untuk berjaya demi keluarganya.

Ada yang tidak percayakan behawa sokongan keluarga berkait dengan kejayaan anak-anak, tetapi kaitan kedua-dua ini memang kuat. Apabila seseorang disokong oleh keluarganya, dia itu akan berasa disayang oleh keluarganya dan berusaha berjaya demi keluarganya sebagai ucapan terima kasih kepada mereka. Walaupun seseorang itu tidak akan perasaan, sokongan yang diberi oleh keluarga merupakan sebuah motivasi bagi anak untuk berjaya lagi.

Terdapatnya pelbagai jenis sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga kepada anak. Contohnya, keluarga yang kaya boleh memberikan duit sebagai sokongan. Duit di sini merupakan sebuah sokongan kerana diberi kepada anak supaya dia boleh membuat persediaan ataupun menggunakan duit ini sebagai permulaan sebuah bisnes.

Banyak orang percaya sokongan seperti duit merupakan sokongan yang paling penting. Sokongan seperti duit yang banyak hanya boleh diberikan oleh keluarga yang kaya, keluarga yang miskin hanya boleh memberikan sokongan kasih sayang. Sebuah keluarga yang miskin hanya boleh berikan sokongan kasih sayang, tetapi apa yang tidak diketahui oleh banyak orang adalah sokongan jenis kasih sayang yang dalam merupakan sebuah sokongan yang mempunyai motivasi yang paling kuat. Apabila seseorang diberikan sokonagn jenis kasih sayang, mereka berasa lagi motivasi untuk berjaya supaya boleh membalas kasih sayang keluarga mereka.

Pada pendapat saya, jumlah sokongan yang diberi oleh keluarga juga merupakan sebuah faktor kejayaan anak. Jika anak diberi sokongan yang tidak mencukupi, mereka akan berasa tidak disayangi dan mula berfikir bahawa keluarganya tidak menyokongnya, lalu gagal sebelum mencuba. Apabila anak diberi sokongan yang banyak daripada keluarganya, dia akan berasa yakin, lalu sentiasa berusaha untuk berjaya. Walaupun gagal banyak kali, mereka masih akan berusaha untuk berjaya.

Kesimpulannya, sokongan keluarga memang sebuah faktor utama kejayaan seseorang anak yang berjaya. Oleh itu, saya berharap keluarga-keluarga akan memberi sokongan yang banyak kepada anak mereka supaya mereka akan berusaha dengan sepenuh hati untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment