THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 9, 2009

Kegemaran Membunuh

Badanku bergoyang dengan kemabukan pembunuhan. Kata pembunuh-pembunuh professional,selepas pembunuhan yang pertama, awak takkan henti. Pembunuhan adalah seperti dadah, sebuah ketagihan, sebuah rasa kemahuan, keinginan. Kenapa? Sebab rasanya segar, perasaan membunuh itu... Seperti yang dikatakan dalam legenda-legenda, selepas pembunuhan pertama, seseorang akan bergoyang seperti seorang yang mabuk. Mungkin lagenda itu benar, kerana badanku asyik bergoyang, bergoyang... Membunuh akan membuatkan seseorang khayal, rasanya sedap dan menyegarkan. Seperti melepaskan semua kemarahan, kegeraman, kesedihan ke dalam suatu tubuh yang berhidup sehingga tubuh itu tidak akan bergerak serta tidak bernafas, sehingga semua perasaan negatif itu dilepaskan dan melegakan hati. Hatiku penuh dengan perasaan-perasaan negatif. Oleh itu, pastilah aku terus membunuh. Membunuh orang yang membangkitkan kemarahan aku. Aku akan... Terus... Membunuh... Kerana aku gemar membunuh, aku sangat gemar....


5 comments:

  1. rasanya saya memang jadi gila... :P

    ReplyDelete
  2. Hello Jaclyn, need a favor, boleh tolong beritahu Ti Amo bahawa cikgu tidak dapat pos komen, boleh taip komen tetapi gagal nak pos, why? thank you

    ReplyDelete
  3. Hello cikgu, saya pun ada masalah yang sama. Adakah cikgu gunakan Mozilla Firefox?? Kerana saya tidak dapat pos komen di Mozilla Firefox, hanya boleh pos komen di Internet Explorer... Tapi saya sudah tanya Ti Amo, dia kata dia pun tak tahu...

    ReplyDelete
  4. Thank you Jacklyn, ya, memang cikgu guna Mozilla Firefox.

    ReplyDelete
  5. What a killer- -
    Haha~ ♬ ♫ ♪

    Memang mengagumkan ♪ ...bakatmu ^_^

    ReplyDelete