THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, January 22, 2011

22 Januari 2011

Maafkan aku ni... ku ni sangat sibuk...

mama baru meninggal dunia... ku ni sebagai nak sulung ade banyak nak buat....

mama, aku memang sayang mama, walaupun senantiasa bertengkar mulut dengan mama, aku memang sayang mama...

mama... aku akan sentiasa sayang mama.... mama di syurga baik-baik ya, tak payah risaukan kami, kami akan berbaik-baik juga....

Thursday, January 13, 2011

13 Januari 2011

Semalam ku pegi ziarah mama, dia tu asyik tido aje =( jerit panggil pun tak dengar =(

dia tu bukan dalam koma, hanya tidoooo aje >.<

semalam auntie uncle pun de datang pegi ziarah mama, mereka kata mama asyik tido aje jugak, mereka pun kata mama demam...

lepas tu papa balik, sembang dengan mereka

dah lewat, papa kata tak sempat nak jumpa mama... pegi hospital perlu gunakan sekurang-kurangnya stengah jam... papa pun harus jemput dik bongsu dari skola... oleh tu kami pegi hospital pada waktu malam, slepas papa habis keja...

sedihlah tengok mama dalam katil hospital dan tidak sedar-sedar tu...

papa pun kelihatan sedih, tapi dia tak nangis

kami pulang lewat semalam

hari ni ku pun ada jumpa dengan mama, hari ni nenek tiri pun ikut... aku tak sukalah nenek tiri tu... berlagak-lagak faham tapi tak faham pun!

esok sebenarnya ku nak pegi tengok mama, tapi nenek tiri nak pegi juga, ku dah tak nak ikut =(

pembantu rumah kata mama berdosa sama nenek tiri kerana mama benci samanya

dia tak faham jugak!

pembantu rumah sangat rindui mama, katanya, "Walaupun bising, ku sayang jugak dengan auntie"

yalah, tengok, mama, banyak orang sayangi mu, oleh tu cepatlah sembuh.... cepatlah balik rumah

Tuesday, January 11, 2011

11 Januari 2011

kan ku dah dapat lesen kereta? hari ni ku pegi ronda-ronda kat ipoh~ ku nak pigi kat jusca sana tapi ronda-ronda tiba di parkson pula >.<

ku ni hampir sesat jalan~ sebenarnya, ku memang sesat jalan lah!! ku hampir-hampir tak dapat balik ke rumah sendiri >.<

nasib baik pembantu rumah ikut bersama, kalau tidak, ku ni tak tau macam mana balik >.

aktiviti hari ni boring aje~ ku hantar and jemput dik bongsu ku yang COMEL skali ^^

lepas tu, tak da apa-apa yang boleh buat, so ku dapatkan kebenaran bapak untuk pegi ronda-ronda~~

dik yang ku benci tu ambik kawan-kawannya balik dari skola~ lepas tu, mereka pegi tuisyen bersama-sama, then barulah ku ni pegi ronda~ kerana  bapak kata nanti tu si bodoh (dik yang ku benci tu) tak kuncikan rumah =.=

ku dah planning nak ronda perlahan-lahan, tapi pembantu rumah tu nak tengok datuk nenek ku =.=

tu bukan nenek ku, dia tu nenek tiri... mak ku kata maknya dah meninggal dunia, oleh tu, abahnya kahwin semula dengan "wanita" tu

ku di rumah datuk ku memang tension lah, nenek tiri tu memang suka banyak cakap! kata apanya, kenapa tak pegi jumpa mak ku di hospital, sakit hati pun harus pegi jumpanya, apa-apa saja... dia tu ku memang BENCI!!!

atuk ku pula tulis puisi-puisi~ tengah tulis pula tu nenek tiri ku nak tengok TV =.= bising sangat! atuk ku panggil dia tu tulis untuknya kerana atukku, tangan kanannya tak dapat tulis, dia tu kena strok, seluruh badan kanannya tak dapat berfungsi... dia terpaksa guna tangan kiri untuk menulis puisi

nenek tiri ku tu memang bodoh... atukku bacakan perkataan, nenek tiri pun tak tau eja =.= memang bodoh... atuk pun kata dia bodoh, HAHA!!

nenek tiri tu memang tak suka guna otak! kerana dia tu marah atuk ku kata jangan buat puisi lagi, dah cukup, akan rosakkan otak.. APALAH!! mana ade orang yang tulis puisi ada otak rosak???  nenek tiri ku tu MALAS aje, dia tu tak mau tulis untuk atuk aku, memang malas!

singgah di situ dah satu jam, tu pembantu rumah baru sanggup jalan! katanya dia tunggu aku, tapi ku ni tengah tunggu dia!!!

kami mula ronda pukul 4.00pm lepas tu pulang ke rumah hapir 5.30pm

ketika sesat dulu, abah ku telepon pembantu rumah, tanya macam mana, pembantu rumah tu kata dah sesat, kata kat balai polis, abah ku pula datang nak jemput ku, tapi akhirnya ku pun jumpa jalan, ku panggil dia tu panggil abah ku tak payah datang jemput dah, tapi dia tu TAK TELEPON!!!!

abahku pun pegi ke balai polis tu tunggu aku, tapi aku dah on the way back!!! inilah kesan TIDAK DENGAR ARAHAN AKU!!!

and then balik dah, abah telepon pembantu rumah kata jam kat balai polis sana kerana hujan lebat... =.=

lepas tu, pembantu rumah kata nak jemput dik bongsu dari skola, so keluarlah, lepas tu abah telepon lagi kata   dia pegi jemput, lepas tu pembantu rumah nak beli makan untuk kita semua, kata nak pegi restauran kecik di pekan lama. baiklah, pegilah... asalkan dah keluar kan?

lepas tu, dia dah pun beli, kami pula baliik rumah, ketika pandu balik rumah, ku ni mesti jaga-jaga lah kerana terlanggar cermin kereta lain, sampai patah pula >.< ku ni pun tak sempat singgah katakan sorry >.< skrang ku katalah ok? sorry >.<

harap dia tu akan tulis nombor plat aku dan turunkan saman barulah aku rasa selesa >.< sorry lah, kereta tu, sorry lah tuan punya kereta... banyak-banyak sorry >.<

baiklah, tu aje

Monday, January 10, 2011

10 Januari 2011

maafkan ku, mak ku dihantar ke hospital pada hari sabtu... semalam ku pegi kunjung dia...

ku tak nak ceritalah kisah mak ku, sakit hati ni...

hari ni ku tolong bapak sambut dik bongsu dari skola lepas tu hantar dia ke tuisyen. lepas tu ku pun berjumpa dengan kawanku. kami berselera, bersembang. dah lama tak jumpa. lepas tu dia pun pulang ku pun pulang.

ku main lagu dalam komputer, lepas tu dik yang ku benci tu balik. ku memang benci padanya... bah kata "hate is sin" maksud benci adalah dosa. KU TAK PEDULI! tu adik yang ku AMAT BENCI AKU AKAN BENCI SELAMA-LAMANYA!!!

baiklah, dia pun balik dari skola. ku gembira kerana bapak tak panggil ku sambut dia orang tu dari skola.

bairlah dosa, aku BENCINYA

lepas tu, dia pun pegi manja-manja dengan pembantu rumah pula! tu pembantu rumah bukan laki, (tak nasib baik) kerana dia tu takkan mengandung! GERAM! BENCI!

lepastu pembantu rumah pun marah dia, ku HAPPY lah.

dia tu panggil dik pegi makan kerana belum makan lagi

dia tu...... SUKA SANGAT PERLAHAN-LAHAN!!!

kemudian, posman datang. dia ambik sebuah parcel untuk aku. at first, aku tak faham, lepas tu ku ingat, ku kan beli baju online? skrang lah dia baru sampai rumah aku ni!

fine lah, aku pun sign dan masuk ke dalam rumah.

ku pun tutup komputer, bosan, takda apa-apa yang boleh buat

lepas tu, ADIK YANG KU BENCI TU sedang "membaca" surat khabar... =.= ku memang benci nya...

dia ternampak tu the star education, tanya ku nak tak dengan nada yang aku SANGAT BENCI!

ku pula balas letak situ aje. dia tu macam orang cina kata "pa-pi" BABI! suka sangat letak hidungnya di sini situ!

finelah, ku BIARKAN!

ku baca tu keping surat khabar kejap then ku layari internet untuk dapat informasi lebih banyak tentang universiti-universiti....

PADA MASA ITULAH POSMAN DATANG

kisah tu ku dah cerita di atas, kan?

ku pun ambik baju dalam paket ke dalam rumah.

baju kan nak cuba?

ku pun buka paket dan cubalah.

ada 3 keping. ku ni order 4 tapi satu dah "out of stock" =.=

so takpalah, pemborong tu ada pulang wang.

yang benci tu adalah, apabila ku ni sedang MENCUBA baju baru ku yang ku dapat tadi, ADIK KU YANG KU BENCI SANGAT TU MENGGUNA KOMPUTER YANG KU GUNA TADI!!!!

dia tu asyik guna komputer riba ku setiap hari! skrang desk-top pun nak guna! AKU BENCI SAME DIA!!!

FINE! BIAR SAJA!

lepas tu bapak pulang dari kerja. bapak nak pegi tengok ibu di hospital. dia ada tanya aku jika nak pegi tak tapi ku kata terlalu menyakitkan hati,, ku tak nak pegi... dik ku MESTI ada kata dia tu nak pegi kerana bapak ku balik tanya dia tu nak pegi tak!

DIA TU BES SANGAT! HEBAT! katanya belum habis kerja rumah, tapi orangnya tengah main apatu? FACEBOOK!!!

ku balas kepada bapa, "dia pun bukan buat kerja rumah, dia tu asyik main komputer aje"

bapak pun geleng kepala, adik ku ni MEMANG BEGITU!!!

TAKPA! AKU AKAN SENANTIASA BENCIKAN ADIK ITU!!!! SENTIASA!!!!!

Friday, January 7, 2011

7 Januari 2011

Hari ni delah open day bagi Fantastic Pastry Academy~
Acedemi ni delah akedemi tuk buat kek~
Kan ku kata ku kan sertai dalam course kek ni?

Sedihlah~ tak dapat tangkap gambar ><
kek-keknya CANTIK~~~~
kak Nina ajar ku buat baby dengan guna "fondon" tak tau lah apa tu, tapi, boleh dimakan!!xD tu fondon akan keras, lepas tu, kalau nak tukar shape ke pattern, boleh re-guna xD kan tak bazir??
kak Nina kata orang Cina tak minat buat yang dia buat tu sebab bahan-bahan yang digunakan tu mahal~

lepas tu, kak Kai Xin ajar ku buat rosa dengan guna butter-cream~ butter-cream tu sedaplah~~ manis dan enak dimakan!!! kak Kai Xin memang mahir dalam bidang ni, patung-patung ke, binatang ke, apa-apa pun dia sangat mahir~

de juga mak cik yang datang belajar kat kak Nina untuk buat rosa dengan butter-cream~~

ku ni tiba pukul satu petang, tapi masa tu, mereka belum mula potong kek lagi~ ketika tu, abah ku pun de tengk-tengok~  tapi dia de kerja~ paksa balik tanpa makan-makan~ tapi ku ni~~~~ ku ni berada di situ sampai pukul lima~ ku "take away" beberapa kek-kek/coklat yang ku minat slpas dpt kebenaran daripada "sifu" guru tu~ kek-kek dan coklat tu ku ambik balik kasih mak-bapak

ku banyak berselera di situ~ makan minum aje~ sampai tengah balik rumah pun paksa tahan kencing >.<

dah tu~ ku rasa ke ni nak pegi tido dah~ slmat malam~~~

Thursday, January 6, 2011

6 January 2011

ALAH! lupa pos blog pun =.=

takpalah... orang kan akan lupe?

update:

ku ni baru habis uji kereta~ dah lulus semua!! =D skrang ku boleh pandu kereta (jaga-jaga ya, jgn langgar kereta masuk kemalangan!!)

tu lah aje... dah pun habis SPM ni, tak tau nak buat apa =P
tengah tunggu course buat kek tu, mula 17 Januari~ Then baru ada cerite cerite yang menarik, kan?

oklah, tu aje~

Sunday, January 2, 2011

daily blogging- 2 Januari 2011

selamat tahun 2011~
happy 2011
sebenarnya, taklah happy sangat.... skrang tak tahulah nak buat apa...
dah habis spm ni....
tak apalah, ku ni belajar buat kek dulu baru pikir..
pikir banyak-banyak ni susah sangat... kpla dah nak BOOM
kan kata ku ni nak buat daily blog?
ini daily blog pertama ku~

semalam tu bosan angat... sebenarnya.... hari-hari pun sama....
ku kan anak malaysia? kan budak malaysia?
apalah ni =.= apa relation budak malaysia dan tahun baru =.=

bosanlah...
kpla sakitlah..
banyak nak pikir...
trima kasih tu makcik-makcik yang banyak cakap tu!
selalu bising bising bising..... bencinya!
kata apa, ku tertalu pendek untuk jadi pelakon! SO WHAT?!?!
pendek then pendek lah! kenapa ko cakap-cakap banyak sangat!
selalu dah set minda ku, kemudian dia tu datang dan bising bising bising lagi! minda ku ni TAK ADA AMAN!!!!

nak pikir banyak ni.... letihlah....

Friday, May 28, 2010

blogg...

Saya hendak ketuk kepala ke dalam dinding .....>.<....

Thursday, May 6, 2010

Blog...

Lamakan saya pos barang di sini?
Yalah tu, saya bukannya selalu ada masa lapang..
Dah hampir dua bulan! Saya pun tak perasan!
Letihlah...
Makin hari makin letih, kerja rumah tidak gagal bertambah dan berrtambah.
Memanglah, tahun ni tahun apa? Tahun SPM bagi kami!
Haiz...
Dah lewat ni, saya perlu tidur..
Selamat malam!

Saturday, March 27, 2010

Hari Sukan

Hri ini merupakan Hari Sukan bagi sekolah kita. Pancaragam kita pun ada buat persembahan. Saya juga ahli pancaragam dan saya juga menyertai persembahan pancaragam kita. Kami ada membuat persembahan muzik dan kawad kaki. Sekarang, kaki saya sangat sakit... >

Monday, March 15, 2010

blog?

Dah lebih satu bulan saya pos blog di sini.
Tak apalah, bukan setiap orang dalam dunia ini baca, kan?
Saya ada satu cita-cita, selepas spm nanti, saya akan buat satu aktiviti "Daily Blogging" ataupun "Blog Daily".
Selepas SPM kan banyak masa? Saya tak nak bazirkan masa saya dengan menonton televisyen dan main online game... Oleh itu, sesiapa yang menduduki SPM tahun ini, saya ucapkan "Selamat Peperiksaan" dan selepas SPM, jomlah kita laksanakan aktiviti ini!
Pun belum SPM banyak sangat yang nak buat selepas tu... Tak adakah apa-apa yang awak ni patut buat? Tak payah bacakah? Tak payah ulangkajikah? Tambahan pula, awak masih nak ambil subjek yang sekolah kami ni tak ajar! Apalah! Mana awak nak pergi tuisyen ni? Belajar sendirikah? Macam mana awak nak belajar? Tak payah tahu teknik jawapkah? Saya rasa awak ni cari masalah aje... Awak ni mungkin seorang sahaja dalam daerah ini untuk mengambil subjek ini!
Yaya... Sayalah yang mengambil subjek ekstra itu... Tu subjek "Literature in English". Tiada cikgu yang ajar... Yaya... Kenapa nak ambil subjek ini? Tak ada apa-apa alasan yang saya boleh berikan, tapi, saya hanya nak dapat pengalaman sahaja. Oh, saya tiada short stories yang saya patut gunakan...
Kalau boleh, tolonglah saya carikan....
- The Landlady (Roald Dahl)
- Cinderella Girl (Vivien Alcock)
- Neighbours (Robert Raymer)
- Naukar (Anya Sitaram)
- Harrison Bergeron (Kurt Vonnegut Jr)
Terima kasih!!! Kalau jumpa, tolonglah emel saya @@  jiatheng_23@hotmail.com
Terima kasih banyakbanyak!!!!!

Saturday, February 13, 2010

Aku akan berjaya! (Syair)

Berkelip-kelip sahaja mata, masa lalu terlalu cepat
Tak sangka bertidur sekejap, mereka bermula lepak
Jika aku hendak terbang, aku perlu menari
Sekira aku jatuh, aku akan berdiri

Manakah kawanku? Kemana kau pergi?
Takutlah, aku sunyi di sini...
Kawanku, kawanku, tolonglah kembali
Kenangan baik aku rindui

Aku berjalan jarak-jarak tak henti
Aku melihat awan yang melihat bumi
Seorang wira yang datang kumimpi
Orang yang baik, orang kupercayai

Mungkinlah juga aku terlambat
Lambat tu bukanlah alasan
Aku masih berharap, masih berlari
Mungkin lewat aku tak peduli
Hatiku berdebar penuh cita
Bintang di langit menjadi saksi
Aku percaya!
Aku percaya!
Aku akan berjaya!

Thursday, December 24, 2009

Adakah dia wujud?

Betapa lama masa berjalan,
Betapa cepat juga,
Aku hanya akan berdiri di sini,
Menunggu, menantikan kedatangan "nya".
Aku berdiri, aku menanti,
Sehingga mata airku mengalir jika nantianku tiada balasan.
Aku berdiri,
Dengan hati yang sering berdebar,
Dengan fikiran yang tidak tenang,
Aku takut,
Takut akan kedatangan "nya",
Takut akan ke-tidak-datangan "nya".
Aku mula resah.
Aku menanya-nanyakan,
"Akankah "dia" datang?",
"Akankah "dia" menyelamatkanku?"
Tapi,
Aku menjadi takut dan resah lagi apabila soalan,
"Adakah "dia" wujud?"
Ditanyakan dalam kepalaku.

Monday, December 7, 2009

How to be English

Sebenarnya, dah lama saya pos blog di sini, kan?
Sebaliknya, saya masih ada dua blog lagi dan sekarang saya tidak tahu nak tulis apa.
Saya bosanlah..
...
!
Awak tahukah laman web YouTube?
Tadi saya pergi ke sana dan menonton pelbagai video yang lucu!
Pergi ke YouTube dan taip "charlieissocoollike" (charlie is so cool like) tapi tiada "space"
Apabila jumpa dia tu, tekan mana-mana video yang anda nak tonton. Saya boleh guarantee kebanyakannya lucu dan bodh sekali. Awak akan ketawa terbahak-bahak. Jika tidak terbahak-bahak, kau at least akan tersenyum dan ketawa sikit.

Saya akan berikan satu link di bawah. Harap anda ada masa untuk tonton kelucuan budak England ini.

``*`*`**`*`*``
by charlieissocoollike

``*`*`**`*`*``

Pergilah tonton!!! Cepatcepatcepat!!!

Monday, November 23, 2009

Selamat Tinggal

Adui, sakitnya kepalaku
Sel-sel darahku yang mengalir dalam otak berdebar,
Aku ternampak segala bergerak dengan perlahan sekali,
Suara-suara cakapan pun menjadi perlahan dan letih.
Barulah aku faham: aku letihlah.
Aku tak mampu hidup lagi.
Aku sangat sangat letih...

Tuhan oh Tuhan,
Biarlahku mati
Biarlahku rela meninggalkan dunia kejam ini
Dunia kejam ini yang memperletihkanku

Tuhan oh Tuhan,
Mengapakah aku belum lagi mati?
Mengapakah aku masih bernafas?
Bukankah aku cukup letih?
Kenapa oh kenapa kau masih tidak mengambil nyawaku?

Tuhan oh Tuhan,
Aku sedang menunggu
Menunggu adik-Mu, Kematian
Untuk datang menjemputku

Tuhan oh Tuhan,
Bolehkah kau minta adik-Mu itu cepat sikit?
Aku dah letih menunggu
Aku dah letih berhidup

Tuhan oh Tuhan,
Sila maafkanku
Maafkan perbuatan yang akan ku buat nanti
Sila maafkanku

Tuhan oh Tuhan,
Aku akan menjumpa-Mu tak lama lagi
Beberapa saat lagi dan keletihanku akan hilang
Beberapa saat lagi dan aku akan bebas

Tuhan oh Tuhan
Terima kasih untuk nyawa yang telah kau beri kepadaku
Terima kasih untuk tidak mencacatiku
Terima kasih nutuk segala-segalanya

Tuhan oh Tuhan
Aku meminta maaf lagi sekali
Maafkanku kerana tidak menghidup nyawaku
Maafkanku kerana tidak menghargai nyawaku
Maafkanku kerana tidak mensyukuri segala yang kau berikan

Dengan menutupi mataku
Aku membiarkan racun memenuhi fikiranku
Dengan perlahannya
Aku meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya

Tapi...
Sebelum itu,
Terima kasih kerena membaca karyaku ini
Sekarang, aku ucapkan
Selamat Tinggal kepada setiap orang

Wednesday, November 18, 2009

Rinduan yang tidak terlepas

"Adakah aku bersalah kerana aku cinta padamu?
Adakah aku bersalah kerana hatiku berdebar apabila terlihatmu?
Adakah aku bersalah kerana matlamat hidupku adalahmu?
Jika aku bersalah, baik sahaja aku meniggalkan tempat ini.
Jika aku bersalah, baik sahaja aku mati.
Kenapa nak hidup dalam kesedihan macam ni?
Baik sahaja pergi dari sini..."

Aku masih ingat. Masa-masa baik yang kami lalui. Masa-masa buruk yang kami atasi. Ingat tak? Masa-masa yang kami lalui bersama. Aku takkan lupa. Takkan lupa.

Aku telah bertetap di Florida selama dua tahun ini. Sini cerah dan terang. Setiap hari aku berada di sini, setiap minit, setiap saat, aku sering berfikir tentangmu. Adakah kamu berfikir tentangku? Sering kali aku hendak lupakanmu, tapi gagal setiap kali. Aku tak mampu lepaskanmu. Aku tak mampu.

Dah dua tahun ini aku lari dari New York dan menetap di sini. Dah dua tahun. Tapi aku rasa macam dua hari saja. Masa berjalan dengan pantas apabila kamu tidak berada di sisiku. Aku rindukanmulah... Sangat rindu...

Adakah kamu masih ingat wajah aku? Ingatkah wajahku? Aku masih ingat wajahmu. Aku tak dapat lupakan. Aku masih sayangkanmu. Tapi... Kamu tak pernah sayangkan aku. Kamu hanya sayangkan itu Si Sarah yang menipu kamu itu. Kenapa kamu sayangkan penipu itu? Kenapa tak sayangkanku?

Letihlah. Setiap kali aku ingatkanmu, aku akan berasa sedih dan menangis. Sentiasa bernangis sehingga setiap air mata yang aku ada telah habis. Walaupun nangis, air mata takkan keluar lagi. Kejamnya kamu ni. Lihatlah apa terjadi padaku. Nangis tanpa air mata. Semua ini perbuatanmu...

Sedihnya, tahu tak? Aku sentiasa berseorangan. Aku tak berani membuat kawan baru di sini. Aku masih rindukan kawan-kawan di New York. Aku masih rindukan kamu.

Aku akan balik ke New York esok. Walaupun aku tak dapat lupakanmu, aku rasa aku takkan dapat lupakanmu. Aku akan balik kerana terlalu rindukan kawan-kawanku di situ. Tapi aku lebih rindukanmu.

Friday, November 6, 2009

Perasaa Nak Mati

Apa ini? Hatiku berdebar-debar apabila ternampak mayat-mayat keluargaku berbaring di lantai. Perasaan takut mulai meliputku. Siapa... Siapa yang bunuh keluargaku... Siapa... Tiba-tiba, sebuah bunyi yang kuat datang dari dapur. Adakah pembunuh masih dalam rumah? Aku tidak berani melangkah ke dapur, malah, aku bersembunyi dalam bilik stor dan menunggu... Menunggu bantuan....

Peristiwa itu berlaku dua tahun lalu tetapi darah yang berlumpur masih tidak dapatku lupakan. Banyak darah yang ada pada lantai pada hari yang malang itu. Hari yang aku menjadi seorang anak yatim piatu. Walaupun pada masa itu aku berumur enam belas, tetapi masih diambil oleh rumah anak yatim. Segala masa yang aku berada dalam rumah anak yatim itu, aku tak pernah bercakap dengan sesiapapun. Aku diperiksa oleh doktor otak berulang-ulang kali. Katanya aku mengalami trauma kerana melihat mayat keluargaku yang terbaring di atas lantai.

Kadang-kala aku berharap yang mati terbaring di atas lantai adalah aku, bukan keluargaku. Aku bencikan diriku kerana tidak mampu menolong keluargaku, tidak mampu mati bersama-sama mereka. Pernah satu kali aku mengambil pisau dan hampir membunuh diri. Lepas itu, doktorku katakan aku mengalami kesedihan yang sangat membahayakan, katanya aku patut berketawa sikit tapi aku tak mampu ketawa, tak mampu bersenyum. Aku terlalu sedih. Aku mahu mati dan berada di sisi keluargaku. Akankah keluarga awak manjadi gembira sekiranya awak membunuh diri? Aku bertanya kepada diriku. Kenapa... Kenapa aku sering adakan pertengkaran dengan diri sendiri! Bencinya!

Letihnya aku sering cuba berhidup. Setiap hari kehidupanku menjadi makin gelap, makin sedih kerana dipenuhi dengan perasaan negatif. Aku sering berharap pada suatu hari aku akan dibunuh oleh pembunuh yang membunuh seluruh keluargaku. Kenapa... Kenapa dia biarkanku hidup? Pastilah dia tahu aku pulang pada masa itu. Pastilah dia tahu... Tetapi... Mengapakah aku tidak dibunuh? Mengapakah dia tidak membunuhkan aku? Mengapa?

Apakah perasaan mati? Itulah soalan yang aku sering menanyakan diriku. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita mati? Benarkah adanya syurga and neraka? Benarkah roh kita akan dihidupkan lagi? Aku sering memikirkan tentang kematian. Aku tidak peduli apa yang berlaku. Aku sering menunggu, menunggu malaikat kematian akan datang dan mengambil rohku.

Friday, October 16, 2009

Lulus atau Gagal??

Tak mahu! Tak mahu!! Tak mahu!!!!
Peperiksaan akhir tahun hampir tiba, tapi aku belum sedia!!! Ulangkaji pun tak pernah buat... Buku pun tak pernah sentuh!!! Macam manalah aku mampu pergi peperiksaan?? Aku tak mungkin tak gagal!!! *menangis tak henti-henti*

"Haley, peperiksaan akhir tahun mula minggu depan, dah buat ulangkaji?" kata rakan karibku, Andy.
"Apa?!! Peperiksaan akhir tahun??? Minggu depan??!!!!!" Aku terjerit.
"Ya, awak langsung tak tahukah?"
Aku berfikir dengan kuat, peperiksaan akhir tahun, peperiksaan akhir tahun... Tiba-tiba sebuah ingatan segar mengetuk otakku:
"Peperiksaan akhir tahun akan bermula pada Oktober 17. Ingat ulangkaji! Cik Haley Finney! Ada dengar apa cikgu kata? Kalau gagal lagi, Cik Finney, awak boleh cium kelas ini selamat tinggal! Jaga-jaga, ya. Jika berani awak gagal lagi, awak akan kena kelas tahanan selama tiga bulan dan menyertai kelas tambahan pada cuti! Cik Finney! Dengar tak?"
"AAAH!!!" Aku terjerit.
"Apa masalah?" kata Andy.
"Encik... Encik... Encik Kolecks akan bunuh saya sebelum tamat sekolah!!!!"
"Apa?"
"Jika gagal dalam peperiksaan, hidupku akan berada dalam kegelapan... Aku akan masuk kelas tambahan ketika cuti... Kelas tambahan itu hanya untuk pelajar yang cacat... Tak bolehlah..." Aku bernangis...

*`*`*`*`*`*`*

Buku rujukan dibuka dan diletak di atas meja aku. Banyak perkataanlah... Mana boleh aku baca sebanyak ini... Aku mesti! Aku mesti buat ulangkaji! Kata Andy aku mampu mendapat markah yang memuaskan asalkan aku buat ulangkaji! Baiklah! Aku mesti buat ulangkaji, betapa susahnya!

*`*`*`*`*`*`*

Hari peperiksaan pertama...
Peperiksaan hair ini. Aku memasuki kelas dengan perlahan-lahan. Aku duduk di tempat dudukanku. Hatiku berdebar-debar. Encik Kolecks masuk ke dalam kelas dengan kertas soalan.

Akankah aku mampu lulus??

Thursday, October 15, 2009

Only A Friend...

Aku membaca akhbar pada suatu petang. Hanya sekali dalam dua minggu aku akan sentuh akhbar yang dibeli ayah. Nasib baik petang itu aku membaca akhbar kerana ada sebuah aritkel yang menarik telah diterbitkan. Pemenang Pertandingan Kreativiti. Aku pernah menghantar pelbagai karya untuk pertandingan itu tetapi aku tidak pernah menang. Kali itu aku membaca akhbar, pemenang Pertandingan Kreativiti diterbitkan. Walaupun aku tak pernah menang dalam pertandingan itu, namun aku suka mengetahui karya-karya apa yang telah menang. Aku suka membaca cerita-cerita kreatif serta gambar-gambar yang mengagumkan....
 
 
Johan Pertandingan Kreativiti tahun 2009 telah dipilih. Karya-karya petanding-petanding telah pun disemak oleh hakim-hakim dari seluruh dunia. Hanya karya-karya yang paling hebat akan dilantik serta dipaparkan dalam akhbar, namun hanya satu yang mampu dipamerkan ke seluruh dunia. Karya yang telah meninggalkan jejakan dalam hati hakim-hakim juga akan menarik pembaca-pembaca. Karya ini adalah, "Only A Friend", karyaan G.J.
 
Only A Friend
 
We were never best friends nor were we lovers,
But I loved him as I loved a brother.
Kind, funny, radiant, happy, friendly and open,
The smiling spirit.
Until...
That solemn day,
That day when his beloved father left.
I was not at scene,
I was not the first to know.
For who am I?
Neither best friends nor lovers were we,
We were only friends,
And new ones at that.
 
I came to know when I heard
From a former lover of his, a friend.
I felt my heart sink as I could not console him,
I did not know him well nor did I know his father.
From that little bird who dropped by and told me so,
She said his relationship with his dad was very close.
From what her tongue unfurled,
It seemed as though his dad was the only hero
In his bright, sunny world.
And when it was he left,
That bright, sunny world was no more.
It was filled with dark clouds
Swirling in the grief, depressed sky.
So vast, but filled with woe,
So high, but filled with broken hearts,
A sad world.
 
I look at him and I wonder,
"Are you alright?"
For I brood,
As he is like a brother of mine.
I observe him,
His movements and gestures,
And compare them to when we first met.
His movements were not as lively.
His eyes, no longer filled
With that bright, radiant, happiness anymore.
I know he is sad,
But he does not show.
His eyes are filles with the same dark sorrow
That I once had
When a loved one was no longer by my side.
He does not express his depression,
Instead he hides it with plastic happiness.
His movements, changed only by that small amount.
 
Could nobody tell?
Could nobody else console him?
His bright, radiant aura is still there,
But then the sorrowful aura lingers at the tip.
Can't anybody feel it?
Doesn't anybody know?
I know he is sad,
Oh, how I wish I could help,
But I cannot console him,
For we hardly speak nowadays,
A nd I still do not know him well.
I wish for him to be happy,
So I can see his true smile shine.
But I do not know how to bring back the sun
And chase away the dark clouds that saddened his wide sky.
 
I want to help but I am incapable.
For who am I?
I am only a friend, and a small one at that.
But I love him, as a brother no less.
 
G.J. 
 
Syair yang telah mengambil johan dalam pertandingan kreativiti peringkat dunia diterbitkan dalam akhbar seluruh dunia, namun identiti penyair yang benar dirahsiakan, hanya kependekan nama dipaparkan.
 

Tahukah siapa G.J.? Aku tahu, tapi aku tak mungkin bocorkan rahsia yang indah ini.

Friday, October 9, 2009

Kegemaran Membunuh

Badanku bergoyang dengan kemabukan pembunuhan. Kata pembunuh-pembunuh professional,selepas pembunuhan yang pertama, awak takkan henti. Pembunuhan adalah seperti dadah, sebuah ketagihan, sebuah rasa kemahuan, keinginan. Kenapa? Sebab rasanya segar, perasaan membunuh itu... Seperti yang dikatakan dalam legenda-legenda, selepas pembunuhan pertama, seseorang akan bergoyang seperti seorang yang mabuk. Mungkin lagenda itu benar, kerana badanku asyik bergoyang, bergoyang... Membunuh akan membuatkan seseorang khayal, rasanya sedap dan menyegarkan. Seperti melepaskan semua kemarahan, kegeraman, kesedihan ke dalam suatu tubuh yang berhidup sehingga tubuh itu tidak akan bergerak serta tidak bernafas, sehingga semua perasaan negatif itu dilepaskan dan melegakan hati. Hatiku penuh dengan perasaan-perasaan negatif. Oleh itu, pastilah aku terus membunuh. Membunuh orang yang membangkitkan kemarahan aku. Aku akan... Terus... Membunuh... Kerana aku gemar membunuh, aku sangat gemar....